iklan best

Monday, October 26, 2009

~~SeBaGai ReNunGaN

kisah ini popular di kalangan pelayar-pelayar internet.Sama-sama kita renungkan dan fikirkan,agar bahagia bersama kita untuk hari ini,esok dan seterusnya.
Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut oleh anak lelakinya yang berusia tujuh tahun di muka pintu.
''Ayah,boleh tak Amin tanya satu soalan?''
''Ya,nak tanya apa?''
''Berapa pendapatan ayah sejam?''
''Itu bukan urusan kamu.Buat apa nak sibuk tanya?''
''Amin saja nak tahu ayah.Tolonglah bagi tahu berapa ayah dapat sejam bekerja di pejabat?''
''20 ringgit sejam.''
''Oh...,''kata si anak sambil tunduk menekur lantai.kemudian memandang ayahnya semula sambil bertanya,''Ayah...boleh tak Amin pinjam sepuluh ringgit daripada ayah?''
Si ayah mula menjadi berang dan berkata,''Oh,itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah?Kamu nak buat apa sampai nak mintak sepuluh ringgit?Nak beli mainan lagi?Jangan nak membazir?Ayah kerja penat-penat bukan untuk buang duit sebarangan.Sekarang pergi balik ke bilik dan tidur,dah lewat dah ni...''
Kanak-kanak tujuh tahun itu terdiam dan perlahan-lahan melangkah kembali ke bilik tidurnya.Si ayah duduk di atas sofa dan mula memikirkan mengapa anaknya yang kecil itu memerlukan duit sebanyak itu.Kira-kira dua jam kemudian si ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolahnya kerana anaknya tidak pernah meminta wang sebanyak itu sebelum ini.Dengan perasaan bersalah si ayah melangkah menuju bilik anaknya dan membuka pintu.Didapati anaknya masih belum tidur,''Kalau kamu betul-betul perlu duit,nah ambilah sepuluh ringgit ini,''kata si ayah.
kanak-kanak itu segera bangun dan tersenyum girang.''Terima kasih banyak ayah.''Katanya yang begitu gembira.Kemudian dia tercari-cari sesuatu di bawah bantalnya dan mengeluarkan sekeping not sepuluh ringgit yang sudah renyuk.Bila ternampak duit itu si ayah kembali berang,''kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu?Dari mana kamu dapat duit dibawah bantal itu?''Jerkah si ayah.
Si anak tunduk tidak berani merenung wajah ayahnya.''Duit ini Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah beri tiap hari.Amin mintak lagi sepuluh ringgit dari ayah sebab duit yang amin ada sekarang tak cukup,''jawab si anak perlahan.
Tak cukup untuk beli apa??''Soal balik si ayah.
''Ayah,sekarang Amin sudah ada 20 ringgit.Ayah ambilah duit ni.Amin nak beli sejam dari masa ayah.Amin nak ayah balik kerja awal besok.Amin rindu nak makan malam bersama ayah,''jawab si anak tanpa berani memandang wajah ayahnya.
Share this story with someone you like.But even better,share RM20 worth of time with someone you love.It's just a short reminder to all of you working so hard in life.We should not let time slip through our fingers without having spent some time with those who really matter to us,those close to our hearts.If we die tomorrow,the company that we are working for could easily replace us in a matterof day.But the family & Friend we leave behind will feel the loss for the rest of their lives.
Family=Father and mother I LOVE YOU SO MUCH!

1 comment:

  1. Salam,

    Alangkah indahnya hidup ini..jika semua org menghayati kisah ini dan mengamalkannya. insyaAllah.

    ReplyDelete