Semasa berumur 1 thn, Ibu menyuap makanan & memandikan kiter lalu Kita membalas budinya dgn menangis sepjg mlm
3 thn, Ibu menyiapkan makanan istimewa dan berzat untuk kita lalu Kita membalas budinya dgn menumpahkan makanan ke atas lantai
4 thn, Ibu membelikan crayon dan Kita pula membalas budinya dgn menconteng dinding rumah
5 thn, Ibu membelikan kita baju baru utk Hari Raya.. dan Kita membalas budinya dgn mengotorkan baju apabila jatuh ke dlm lopak
7 thn, Ibu menghantar ke sekolah dan Kita pula membalas dgn menjerit , " TAK MAHU'
10 thn, Ibu menghantar tuisyen, bershopping, ke rumah kawan dll tetapi Kita tidak menoleh ke belakang dan mengucapkan terima kasih, setiap kali Ibu menghantar kita
11 thn, Ibu membelikan kita sebiji bola sepak Kita membalas budi Ibu, dgn menendang bola dan memecahkan cermin tingkap rumah jiran kita
12 thn, Ibu menasihatkan kita supaya tidak terlalu byk menonton TV Kita membalas budi Ibu dgn asyik menonton TV, sebaik sj Ibu keluar dari rumah
13 thn, Ibu menegur fesyen rambut kita yg kurang sopan Kita membalas budi Ibu dgn berkata bahawa Ibu tak ada "TASTE"
16 thn, Ibu inginkan dakapan setelah penat dan baru balik bekerja sehari suntuk Kita membalas budinya dgn mengunci diri kita dan bersendirian di dlm bilik
17 thn dan lulus peperiksaan, Ibu menangis gembira Kita membalas budi Ibu dgn tidak balik ke rumah hg larut malam, krn enjoy & celebrate dgn kawan2
19 thn Ibu membelanjakan wang yg byk utk ke U, mengangkat beg dgn kasih Kita membalas dgn menyalami Ibu di luar dorm- takut malu dilihat kawan2
20 thn, Ibu bertanya dgn prihatin- kita ada bf/gf ke? Kita jawab"Ibu kepohlah!!"
21 thn, Ibu bertanya apa cita2 Kita membalas dgn berkata,"bukan mcm ibu!!"
23 thn, kita mendpt kerja yg 1 Ibu membelikan baju utk kita memulakan kerja Kita membalas dgn memberitahu kawan2 baju itu tidak cantik krn Ibu yg belikan 25 thn, kita berumahtangga- Ibu menangis gembira dan berkata betapa Ibu kasih dan syg pd kita Kita membalas budi Ibu dgn berpindah 300 km dr Ibu
27 thn, Ibu menalipon dan memberi nasihat ttg penjagaan bayi- anak kita Kita membalas budi Ibu dgn berkata, " Zaman sekarang lain Ibu..!!!!"
40 thn, Ibu menalipon dan memaklumkan majlis kenduri di kg Kita membalas budi Ibu, dgn berkata- " saya sibuk!!!!"
50 thn, Ibu sakit & perlukan penjagaan kasih syg Kita dtg melawat Ibu sekali dgn membawa sedikit buah apple & merungut ttg kesibukan dan balik segera
Dan kemudian , pd suatu hari, Ibu meninggal dunia. Dan tidaklah kita sempat utk membalas segala jasa2 Ibu.
Ingat... selagi Ibu masih hidup, kasihi dan sygilah Ibu... dan jika Ibu sudah meninggal dunia, ingatlah jasa ibu.
No comments:
Post a Comment