iklan best

Tuesday, December 28, 2010

rintangan idup khalifah

5 rintangan perjuangan dalam usaha dakwah dan ISLAM,
1.MUKMIN yang DENGKI
2.MUNAFIQ yang BENCI
3.KAFIR yg MEMERANGI
4.SYAITAN yg MENGHASUT
5.NAFSU yg MENGUASAI
MUKMIN
=orang yang percaya kepada Allah, dengan membenarkan dengan hati,
mengucapka n dengan lisan dan mengamalkan sepenuhnya dgn anggota badan
MUNAFIQ
= Orang munafik adalah orang yang bermuka dua, mengaku beriman padahal
hatinya inggar. Perbuatan orang munafik disebut Nifaq. Mereka ini hanya
pada mulutnya sahaja, kemudian dalam perbuatannya sehari-hari nampak
baik, tapi hanya tipu helah belaka.Ertinya segala amal perbuatan
yang dikerjakan itu bukan ditegakkan di atas dasar keimanan dan
ketaqwaan terhadap Allah, akan tetapi hanya didasarkan pada perasaan
dan hawa nafsunya semata-mata untuk mencari muka, penampilan, mengambil
hati dalam masyarakat dan pandangan orang belaka. Segala perbuatan
baiknya itu hanya dijadikan tempat berlindung untuk menutupi segala
keburukan I’tikad dan niatnya.
Tanda-tanda munafik.
a. Ingin menipu daya Allah.Firman
Allah: “Dan diantara manusia ada yang mengatakan,’aku beriman kepada
Allah dan kepada hari kemudian,’padahal mereka itu sesungguhnya bukan
orang yang beriman.Mereka itu hendak menipu Allah berserta orang yang
beriman, padahal mereka hanya menipu dirinya sendiri,sedang mereka
tidak sedar” [Qs Al Baqarah: 8-9]
b. Lebih suka memilih orang kafir sebagai pepimpinnya.Firman Allah maksudnya:“…..(iaitu)
orang yang mengambil orang kafir menjadi teman-teman penolong dengan
meninggalkan orang mukmin. Apakah mereka mencari kekuatan disisi orang
kafir itu? Maka sesungguhnya semua kekuatan kepunyaan Allah” [Qs An
Nisa’ :139]
c. Tidak mahu diajak berhukum dengan hukum Allah dan RasulNya.Firman Allah:“Apabila
dikatakan kepada mereka (org munafik):”Marilah kamu (tunduk) kepada
hukum yang Allah telah turunkan dan kepada hukum Rasul,” nescaya kamu
lihat orang-orang munafik menghalangi (manusia ) dengan sekuat-kuatnya
dari (mendekati) kamu” [Qs An Nisa:61]
d. Malas menegakkan solat, tapi kalau solat suka menunjuk-nunjuk (riyak)Firman
Allah: “Dan bila mereka berdiri untuk melaksanakan solat, mereka
berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riyak dihadapan manusia. Dan
tidaklah mereka itu menyebut asma Allah, kecuali sedikit sekali [Qs An
Nisa:142]
e. Berdusta apanbila berkata, menyalahi janji dan khinat (pecah amanah)“Tanda-tanda
orang munafik itu ada 3 macam, apabila berkata suka berdusta,apabila
berjanji selalu menyalahi dan apabila diberi kepercayaan (amanah) suka
khinat”[Hr muslim dan bukhari]
KAFIR: Kafir adalah orang yg tidak percaya pada kalimah "Tiada tuhan selain Allah dan Muhamad pesuruh Allah dan kafir ini terbahagi kepada 2.
-Kafir yakniorang
yang tidak percaya
- Musyrik, orang yang menyekutukan Allah dengan
yang lain
SYAITAN: Seperti yg anda sedia maklum golongan penyesat yg terdiri dari golongan jin dan ada juga dari golongan manusia
NAFSU:dorongan hati yang kuat untuk melakukan perkara yang tidak baik.....

Sunday, October 17, 2010

sesali diri sendiri

Aku bersumpah demi hari kiamat, (1)
dan aku bersumpah dengan jiwa yang amat menyesali (dirinya sendiri). (2)

Apakah manusia mengira, bahwa Kami tidak akan mengumpulkan (kembali) tulang belulangnya? (3)
Bukan demikian, sebenarnya Kami kuasa menyusun (kembali) jari jemarinya dengan sempurna. (4)

Bahkan manusia itu hendak membuat maksiat terus menerus. (5)
Pada hari itu diberitakan kepada manusia apa yang telah dikerjakannya dan apa yang dilalaikannya. (13)
Bahkan manusia itu menjadi saksi atas dirinya sendiri, (14)
meskipun dia mengemukakan alasan-alasannya. (15)

Al-Qiyaamah:75

CaRe WAT gARAM!!!!!



Thursday, September 23, 2010

Keberkatan surah al-ikhlas

Ketika Memulakan Kerja


Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

Sebelum Masuk Ke Rumah



Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.



Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.





Ketika Sakit



Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).





Khatam al-Quran



Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.

Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.
Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan
membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Pahala Membacanya



Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat.



Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.



Nota


Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: 'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama: (1) Sedekah/amal jariahnya, (2) Doa anak-anaknya yang soleh dan (3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.…Wallahu a’lam

Sunday, September 12, 2010

WhO THe Best????

AL QURAN versus HANDPHONE










Ever wonder what would happen if we treated our Quran like we treat our cell phone?

What if we carried it around wherever we went?

What if we flipped through it several time a day?

What if we turned back to go get it if we forgot it?

What if we used it to receive messages from the text?

What if we treated it like we couldn't live without it?

What if we gave it to Kids as gifts?

What if we used it when we travelled?

What if we used it in case of emergency?

This is something to make you go....hmm...where is my Quran?

Oh, and one more thing.

Unlike our cell phone, we don't have to worry about our Quran being
Disconnected because Allah already paid the bill.

Makes you stop and think 'where are my priorities? And no dropped calls!

Thursday, June 24, 2010

Manusia.........

1...“Mengapa ya.. Kita percaya apa yang tertulis di qur’an.. tapi mempersoalkan yang tertulis di dalamnya
2.....“Anehnya... bagaimana setiap orang ingin masuk syurga yang disediakan, tetapi… mereka tidak mempercayai, berfikir, berkata, atau melakukan apapun yang tercantum di qur’an”
3.....“Pelik ya… bagaimana orang bisa berkata ‘Aku percaya Kepada Allah’..tapi masih mengikuti syaitan (…..yang juga percaya kepada Allah)
4....“Lucu ya.. Kita bisa mengirim ribuan ‘lelucon’ melalui e-mail dan mereka menyebar seperti api.. Tapi ketika kamu mulai mengirim pesan tentang Allah, orang – akan berfikir 2 kali untuk menyebarkannya…
5....“Hairan ya… bagaimana kita bisa lebih bimbang akan apa yang orang pikirkan tentang kita...daripada apa yang Allah fikirkan tentang kita”
..........Allah berfirman, “jika kamu malu terhadapku, aku akan malu terhadapmu”.......

Dengan Menyebut Nama Allah yang Maha Pemurah, Maha Pengasih dan Maha Pengampun

1....Rasulullah S.A.W Bersabda, “Jika kamu membaca 2 kalimah syahadah dengan sekali keyakinan saja, Syurga akan menanti kamu

2...Rasulullah S.A.W. Bersabda, “Seorang wanita yang membuka auratnya atau bahkan mengenakan pakaian yang ketat, tidak akan mencium wanginya syurga selama lebih dari 500 tahun

3....Rasulullah S.A.W. Bersabda, “Debu yang menempel pada diri seorang lelaki ketika keluar di jalan Allah, tidak hanya api, tapi asap neraka diharamkan untuk seluruh bahagian tubuhnya.”

4..Rasulullah S.A.W. Bersabda, “Aku hanya mengutuk 3 jenis orang: 1)Orang yang tidak menjaga orang tua mereka ketika tua 2)Orang yang tidak mengambil hikmah dari bulan ramadhan yang diberkahi 3)Orang yang tidak mengucapkan,'Sallallahu -Alaihi- Wa-Aalihi Wasallam' ketika namaku disebutkan.“

5.....Rasulullah S.A.W Bersabda, “Orang yang cerdas adalah orang yang selalu memikirkan dan mempersiapkan kematian

Saturday, June 12, 2010

palestin

Semalam Razali Awang, pemberita TV3 yg pergi ke Gaza baru-baru ni, datang ke my company tu share his experience. Persatuan Islam Pekerja yg anjurkan. Razali ni tiap kali dia bercerita, mesti tersekat2 sebab dia kata dia tak dpt lupakan pengalaman yg dia akan kenang smpai mati. I ada things yg nak share yg buat I tak boleh tido mlm tadi: Mesir
Razali kata ni Firaun modern. Nama je Islam tapi dah very secular. Sanggup kencing di dinding2 masjid. Mesir sekat sempadan ..the only way ke Gaza . Makanan dan ubatan2 sume rosak kat sempadan Mesir-Gaza. Sempadan Gaza and Mesir is 14 km long. Kalau lah tak de sekatan, rakyat Palestine takkan kebuluran... "Mesir lebih rela bersempadan dgn Israel drp bersempadan dengan Hamas!" – Apa punya manusia ni, kata Razali Awang.
Khutbah Jumaat di Mesir mengharamkan khutbah mengenai keganasan di Gaza . Razali btau rakyat Palestin yg dia interview, kat Malaysia tiap Jumaat kami bacakan Qunut Nazilah dan bersolat hajat demi kesejahteraan rakyat Palestine … Berapa banyak checkpoint dia kena lalui kat Mesir…tapi dgn pertolongan Allah SWT lepas pulak..tapi perit nya..yg mintak rasuah…charge naik bas 500 meter is RM70!!! Memang sekutu kuat Amerika and Israel . (Eee…tak ingin hantar anak gi Al Azhar..lebih baik hantar ke negara Islam lain..UIA pun dah bagus!!!)
Gaza ( Palestine )
Terbahagi kepada 2 – Hamas dan Fatah…Belah Fatah ada kasino! Kata wartawan dari Belgium dan Itali, the best strawberry in the world comes from Gaza !
Imam Shafie lahir di sini (sebak pulak bila dengar yg ni). Razali kata rakyat Palestine sgt berpegang teguh kpd ajaran Islam dan mazhab Shafie.
Org Palestine sgt baik dan friendly as compared to other Arabs esp yg kat Mesir tu.. Moyang Rasulullah SAW dikebumikan dia sini (lupa nama ..tapi dia mention Hashim….) Beautiful country, iklim Mediterranean .boleh kalahkan Los Angeles kalau tak kerana peperangan..
Hamas
Memang kalangan yg rela mati sebab mati syahid. Rela mati anytime. Bila bersalam perpisahan dengan Razali dia org ucap "Kalau anda dtg lagi ke sini, adakah kita akan bertemu lagi"…like they know they can die anytime.
Tulang2 yg melekat kat dinding bangungan rosak, tak busuk walau dah berminggu! Mayat tak reput langsung, bila kubur dibedil oleh Israel …punyalah jahat manusia, kubur pun nak bedil konon tempat simpan senjata.
Hamas ada 25,000 org...tak de senjata canggih tapi yg mati hanya 100 lebih je!! Hamas ni beroperasi di bawah tanah and they are everywhere. They operate in small groups.
Isteri kepada yg mati syahid, hanya ada satu misi, utk berperang dan mati syahid supaya dapat jumpa suami semula di syurga.. Bagi mereka, kanak2 yg mati berada di sisi Allah SWT. Menurut seorang ibu yg anak nya mati syahid, hari ni sorang mati, esok lahir lagi seorang bayi..

Israel
Memang pengecut sebab tak berani perang one to one ngan Hamas. Kat darat hanya duduk dlm kereta kebal. Pastu serang ngan bom pintar, bom fosforus dari jarak jauh. Dia org tau Hamas ada penembak tepat! So, depa takut nak turun dari kereta kebal.

Kereta kebal Israel musnahkan tanaman seperti anggur dan pokok zaitun sebab tanaman ni makan masa bertahun nak tumbuh balik. Biar rakyat Palestine kebulur dan tak de sumber pendapatan. Semua resolusi PBB, satu pun Israel tak ikut!!! Ada back-up besar lah katakannn...
Rakyat Palestine

Sedih Razali tengok dia org rebus rumput sebab dah tak de makanan. Kanak2 tiada cita-cita lain selain dari ingin menjadi pengebom berani mati kerana trauma melihat ahli keluarga dibunuh di depan mata sendiri!
Di hospital, pembedahan, jahit kulit ke apa ke…terpaksa dibuat tanpa bius. Sebab ubat dah tak de. Razali kata tak tahan dia tengok budak2 menjerit2 kesakitan bila kepala di jahit!
Dia jugak pergi sendiri ke dewan bedah yg telah dibedil dgn bom fosforus ..sebelum serangan ada few doctors sedang bedah pesakit….Razali kata tak de apa yg tinggal ..semua dah jadi abu!!! Ada la nampak serpihan tulang sikit2 here and there…Fosforus ni dia hancurkan kulit dan tulang…Nauzubillah. Ada banyak lagi..but too long to write. Razali Awang memang volunteer nak pergi ke Gaza ...So, inilah yg diceritakan oleh beliau.
Satu lagi antara pembekal rifle ke Israel selain dari USA is negara jiran kita ni ha...yg paling dekat...SINGA-------! So Razali kata kalau kita shopping kat sana mcm kita sokong Israel .
So friends, kita terus doa dan berdoa utk keselamatan saudara Islam kita di mana jua mereka berada..
Wasalam.

The bellow photos are not a Movie Shooting or Celebrating a festival with crackers... its a school in Gaza .. this is the current situation of the innocent people in Gaza !

Make sure you read till last to know what is white phosphorus! and the effect!

Saturday, June 5, 2010

Thursday, May 13, 2010

Monday, May 3, 2010

setan...........?

Sesungguhnya al-Quran sudah memberi amaran kepada
kaum Muslimin supaya jangan mengikuti langkah Iblis menyesatkan melalui
firman Allah yang bermaksud: "Dan janganlah kamu mengikuti langkah
syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu." (Surah
al-An'am, ayat 142)

Syaitan dicipta dari api oleh Allah S.W.T.
dan juga dikatakan berasal dari golongan Jin sebelum
dipilih menjadi Malaikat. Ini membezakannya dari malaikat-malaikat
lain. Disebabkan iblis ini menentang perintah Allah, dia
diusir dari golongan malaikat dan dari Syurga,
kerana ingkar akan perintah Allah untuk sujud kepada Nabi Adam sebagai
penghormatan ciptaan-Nya yang mulia. Menurut agama Islam, Tuhan
meletakkan taraf manusia lebih tinggi daripada makhluk-makhluk yang lain
kerana mereka diberikan akal - terutamanya untuk membandingkan yang
buruk dari yang baik. Syaitan membangkang ciptaan Tuhan pada manusia dan
mencegah dari menyujud di hadapan Adam seperti dilakukan oleh para malaikat lain.
Tuhan bertanya kepada Syaitan: "Apakah yang mencegahmu sujud menghormati
sesuatu yang telah Aku ciptakan dengan tangan-Ku?" Syaitan menjawab:
"Aku adalah lebih mulia dan lebih unggul dari dia. Engkau ciptakan aku
dari api dan menciptakannya dari lumpur." Ini menunjukkan bahawa Syaitan
merasa dirinya lebih bertaraf tinggi dari Adam kerana dia diperbuat
dari api dan Adam diperbuat dari tanah, yang dianggap tidak bersih dan
rapuh. Syaitan berjanji dan berkata di hadapan Tuhan, Nabi Adam dan para malaikat bahawa dia akan membinasakan Adam dan seluruh
keturunannya (iaitu golongan manusia) sampai hari Akhirat kelak. Allah
bersabda bahawa manusia yang mengikuti perintah-Nya tidak akan dibinasakan oleh Syaitan, tetapi yang mengikuti Syaitan akan
turut dibinasakan dan diseksa di api neraka
pada hari Akhirat. Syaitan
juga yang memyebabkan Nabi Adam dan isterinya Siti Hawa terkeluar
dari Syurga,
walaupun mereka telah diampunkan oleh Allah, dan
bisikannya menyebabkan anak mereka Qabil membunuh Habil.


syaitan merupakan golongan penghasut yang juga merupakan anak-pinak
dan keturunan kepada iblis laknatullah.Namun begitu,dikatakan iblis
mempunyai 7 ekor anak yang mempunyai tugas jahat yang berbeza.setiap
dari mereka telah melahirkan keturunan yang lain hasil dari perbuatan
zina antara mereka dan syaitan-syaitan betina yang lain.Anak-anaknya
adalah:


1.Tsabr:
tugasnya adalah menggoda manusia berbuat maksiat
ketika manusia sedang dalam kesusahan dan berada dalam kesedihan.Ketika
manusia dalam kesusahan dan mendapat musibah, maka datanglah Tsabr dan
kuncu-kuncunya membisik manusia agar melakukan segala kejahatan seperti
berzina,bunuh diri,menghisap dadah,minum arak,berjudi supaya manusia itu
terus leka dan jangan kembali kepada Allah.


2.A'war:
tugasnya adalah menghasut manusia supaya mendekati
zina dan terus melakukannya dengan apa cara sekali pun.A'war dan
pengikutnya akan menggambarkan keenakan dan keseronokan berzina dalam
akal fikiran manusia dan mengobar-kobar kan nafsu.


3.Miswath:
tugasnya adalah menyampaikan berita dusta atau
penipuan yang mampu menimbulkan kemarahan dan fitnah besar,agar manusia
itu akan kucar-kacir,hilang pertimbangan dan saling tuduh menuduh
sehinggakan menyebabkan pertempuran yang hebat dan dahsyat.


4.Dasim:
Tugasnya adalah menyebarkan sifat emosi yang
keterlaluan,mudah marah, dan permusuhan.selalunya dalam kes rumahtangga
dasim akan cuba meruntuhkan institusi kekeluargaan.


5.Zaknabur:
Tugasnya adalah memastikan dunia ekonomi dan
perniagaan akan tergugat.menghasut para pedagang agar sentiasa tamak
dalam mengaut keuntungan,kecurangan dan penipuan dalam
muamalah(perhubungan).Mema
stikan pengurangan dalam timbangan dan
bekalan,kelumpuhan ekonomi melalui sistem inflasi.serta merupakan
pengajak utama manusia dalam melakukan riba(bunga atau faedah dalam
perniagaan).


6.Khanzab:
Menghalangi umat Islam dalam melakukan
solat,menggangu umat Islam dalam melakukan solat(sembahyang).serta
mencari jalan agar dapat menyebabkan manusia tidak akan dapat menyembah
Allah dan mengelakkan agar sembahyang menjadi sempurna.


7.Walhan:
Menggangu umat Islam agar sentiasa was-was dalam
berwudhuk(bersuci sebelum melakukan sembahyang).ini akan menyebabkan
umat Islam tidak sah dalam solatnya.Wuduk merupakan kepentingan yang
amat perlu dititik beratkan sewaktu beribadah kepada Allah.Walhan
juga,menyebabkan manusia agar sentiasa membazir dalam menggunakan
sesuatu perar atau benda.


Jadi diingatkan agar manusia sentiasa beringatkan bahawa syaitan
merupakan musuh utama yang amat perlu dielakkan.Allah SWT sama sekali
melarang untuk hambanya mengikut taghut(perkara yang melampaui batas
seperti menyembah selain Allah)dan menjadikan syaitan sebagai idola
dalam aktiviti seharian.

Aset-aset
yang Digunakan Syaitan untuk Menggangu Manusia:


Mancung/Paruh Syaitan membuatkan manusia Lupa Sabda Muhammad
Rasullullah:"Sesungguhnya syaitan itu meletakkan muncungnya diatas hati
anak Adam,maka jika manusia ingat kepada Allah,maka mundurlah ia dan
jika manusia itu lupa kepada Allah,dipatuklah hatinya"(Hadis Riwayat
Ibnu Jauzi)


syaitan menangis Sabda Muhammad Rasullullah:"Apabila anak Adam
membaca Surah Assajadah,lalu ia sujud,nescaya menyingkirlah syaitan
sambil menangis dengan meratap:"Ah...Celakalah aku.Anak Adam disuruh
sujud lalu ia sujud maka ia mendapat syurga,tetapi aku disuruh sujud
maka membangkang,maka aku mendapat neraka"(Hadis Riwayat
Ahmad,Muslim,Ibnu Majah)


syaitan kencing Dari Ibnu Masud dia
berkata:Diceritakan(Allah)kepada Nabi Muhammad SAW tentang seseorang
lelaki yang tidur hingga Subuh(waktu Fajar Pagi),sabda Baginda:"Itulah
orang lelaki yang dikencingi oleh syaitan pada kedua telinganya"(Hadis
Riwayat Bukhari dan Muslim)(As-Syaikhan)


syaitan tertawa(ketawa) Nabi bersabda bermaksud:"Apabila
menguap salah seorang kamu dalam solat,maka hendaklah ia tutup mulutnya
sedapat mungkinbdan jangan ia mengucap "Ahhh...",kerana sesungguhnya
yang demikian itu dari syaitan dan ia tertawa kerananya."(Hadis Riwayat
Bukhari).


syaitan mempunyai rambut dan janggut yang kusut "Dari Atha bin
Yasr dia berkata:Telah datangnya lelaki kepada Rasullullah SAW dalam
keadaan kusut rambut dan janggutnya,maka Rasullullah memberi isyarat
kepada lelaki itu,seakan-akan disuruhnya membereskan(meluruskan) rambut
dan janggutnya.Maka orang itu mengerjakannya,kemudian ia kembali.Maka
Rasullullah SAW bersabda:"Bukankah ini lebih baik darpada seseorang yang
datang dengan kusut rambutnya seperti syaitan."(Hadis Riwayat Malik)


syaitan menyilangkan(mematah-matahkan) jari tangan:Nabi
Muhammad Bersabda(memberitahu):Apabila salah seorang kamu berada di
dalam masjid ,maka janganlah sesekali menyilangkan(mematah-matahkan)jari
tangan,kerana menyilangkan jari-jari tangan itu dari syaitan.Dan
seorang kamu tetap dalam pahala solat selama ia berada di dalam
masjid(mosque) sehingga ia keluar darinya."(Hadis Riwayat Ahmad).


syaitan masuk dalam aliran darah manusia:Sabda Rasullullah SAW
bermaksud:"Sesungguhnya syaitan itu berjalan dalam diri manusia
mengikuti pejalanan darah.Oleh sebab itu,aku takut syaitan melontarkan
sesuatu tuduhan atau satu kejahatan dalam hatimu"(Hadis Riwayat Bukhari
dan Muslim)(as-Syaikhan)


syaitan takut orang yang solat berjemaah:Sabda Nabi Muhammad
yang bermaksud:"Jika ada tiga orang di desa atau digunung yang tidak
menunaikan solat berjamaah,nescaya mereka dikusai oleh syaitan.Oleh
sebab itu,hendaklah kamu berjamaah kerana sesungguhnya serigala tidak
akan memakan kambing melainkan yang terpisah sendiri dari
rombongan"(Hadis Riwayat Abu Daud).


Hentakan kaki syaitan menyebabkan wanita istihadhah(mengeluarkan
darah haid secara berlebihan walaupun dalam keadaan sihat).Dari
Amnah binti Jahsy bahawa ia keluar darah banyak dan
deras(mengalir-ngalir) dari kemaluannya(darah istihadhah),lalu ditutup
dengan kapas masih juga keluar dan ditutup dengan kain masih juga
keluar.Rasullullah bersabda:"Sesungguhnya darah yang keluar deras itu
adalah salah satu hentakan kaki dari hentakan-hentakan kaki
syaitan."(Hadis Riwayat Ahmad,Abi Daud dan Tirmidzi)
nota:Kini bagi merawati masalah tersebut dari terus menerus yang
boleh menyebabkan mudarat jika terus dibiarkan kaedah perawatan islam
diperkenalkan dengan menggunakan bahan-bahan berteraskan alam semula
jadi dan menggunakan ayat-ayat tertentu.Teknologi perubatan moden pun
telah dapat merawati masalah itu itu dari terus berlaku.

syaitan menghadang di saf solat.Sabda Rasullullah:"Apabila
salah seorang kamu solat(sembahyang dengan memakai
batas(Sutroh)(penghadang),lalu ada orang yang melintas dhadapannya(dalam
kawasan solat,dibawah penghadang)maka hendaklah ia
menghalanginya.Tetapi jika orang itu enggan(dalam keadaan
curiga,melintasi dengan sengaja berulang kali)maka boleh orang itu
diperangi(usir atau dibunuh),kerana dia itu tidak lain adalah
syaitan".(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)(As-Syaikhan)

Rasullullah SAW menangkap dan mencekik syaitan:"Ketika Nabi
SAW akan melakukan solat,lalu datang kepadanya syaitan hendak memutuskan
solatnya.Maka Nabi Muhammad SAW menangkapnya(syaitan itu)lalu
mencekiknya sehingga keluar air liurnya diatas
tangannya(Nabi)."(Diceritakan oleh Ibnu Qoyyim)

syaitan kentut:"Apabila diseru untuk melakukan solat(laungan
azan),maka mundurlah syaitan sampai terkentut sehingga ia tidak
mendengarkan azan,maka selesai azan ia kembali lagi.Dan apabila akan
berdiri solat(laungan iqamah),ia mundur lagi dan apabila selesai
iqamah,ia datang kembali"(Hadis Riwayat Bukhari dan
Muslim)(as-Syaikhan).

syaitan menyelit disaf solat yang renggang:Sabda Muhammad
Rasullullah:"Luruskan saf-safmu,rapatkan bahu-bahumu(dalam solat) dan
berlaku lembutlah terhadap tangan-tangan saudaramu dan tutuplah
tempat-tempat renggang kerana seungguhnya syaitan masuk(menyelitkan
diri)pada celah-celahmu,bagaikan anak kambing yang menyelit di
celah-celah induknya."(Hadis Riwayat Ahmad dan Thabrany)

syaitan menghalangi khusyuk solat(menyempurnakan sembahyangnya)."Dari
Aisyah berkata:Aku pernah bertanya kepada Rasullullah SAW tentang
menengok dalam solat(melihat-lihat kemana-mana arah tanpa perlu)maka
sabda Nabi Muhammad SAW:"Itu adalah curian cepat yang dicuri syaitan
dari hambaNya(Allah)"(Hadis Riwayat Bukhari,Ahmad,An-Nasai dan Abu
Daud)(Hadis Sahih)
Sabda Rasullullah lagi yang bermaksud:"Akan datang syaitan pada
seseorang kamu dalam solatnya,lalu syaitan mengingatkan
kepadanya,keperluan begini dan begitu.Maka janganlah ia menurutinya.Dan
syaitan datang pula pada waktu tidurnya,maka syaitan memberikan berita
mimpi buruk padanya,maka janganlah diikutinya(mempercayainya)".(Hadir
Riwayat Abu Daud dan Tirmidzi)

syaitan membuat mimpi buruk:Muhammad Rasullullah SAW bersada
yang bermaksud:"Apabila seseorang kamu bermimpi yang tidak disukai(mimpi
buruk),maka hendaklan ia meludah kesebelah kiri tga kali dan hendaklah
membaca:
A'uzubillah hi minasyaitan nir rajim maksudnya:"Aku berlindung
kepada Allah daripada syaitan yang direjam".
Dan hendaklah ia pindah dari lambungnya ketika hendak tidur yang ia
sedang ada diatasnya".(Hadis Riwayat Muslim,Abu Daud,An-Nasai dan Ibnu
Majah).

syaitan mencelak mata.syaitan akan mencelak mata para
pendengar ceramah agama atau khutbah supaya para pendengar akan tertidur
dan leka tidak menghayati apa-apa yang dikatakan oleh penceramah.

syaitan mengincu bibir.syaitan akan mengicu bibir para
pendengar ceramah supaya dapat berbual-bual dengan temannya dan dapat
mengeluar kata-kata kesat.

syaitan akan mengetuk para pendengar ceramah dengan tongkatnya
agar dapat membuat bising dan tidak akan duduk diam,disamping membuat
kacau dan kekalutan.


Banyak lagi propaganda yang telah dilakukan oleh syaitan untuk
menyesatkan manusia supaya tidak dapat manusia itu berpaut kembali
kepada tali akidah dan ajaran Allah yang tulus dan benar.Manusia
diingatkan agar behati-hati menjalani kehidupan ini agar tidak terpedaya
dengan dakyah-dakyah syaitan.


Tujuan Allah menciptakan syaitan adalah untuk menguji tahap keimanan
manusia itu kepada Allah.Sesiapa yang terpedaya dengan ajakan syaitan
Allah akan membalas dengan azab sensara yang pedih di dunia dan di
akhirat.Manakala orang yang berbuat baik dan berjaya menyekat kejahatan
syaitan ,Allah akan membrikan penghargaan yang tidak erkira dan dibalas
dengan Syurga dan kehidupan yang tetap berbahagia.


Allah tidak akan menguji manusia itu dengan berlebih-lebihan dari
kemampuan orang itu sahaja.syaitan merupakan salah satu bencana kepada
orang yang ingkar kerana mereka akan terus mengikuti syaitan selagi
mereka tidak mendapat restu dan inayah dari Allah.


Dikatakan juga orang yang dirasuki syaitan atau jin jahat sebenarnya
adalah orang yang mempunyai kelemahan dalam iman disamping jiwa raganya
yang kosong dan lemah rohani, zahir dan batinnya.syaitan mudah untuk
mendekati orang yang mempunyai sifat demikian dan menjadi
penempatan(perumah) bagi syaitan.Pengubatan Islam sahaja yang mampu
menghalau perkara tersebut dari terus membahayakan manusia.


syaitan yang cuba untuk mendengar rahsia Kerajaan Allah di
langit.Allah akan melontarkan api-api dilangit(asteroid,meteor atau
meteorid)kepada syaitan.Dlam kejadian itu,dengan izin Allah ada juga
syaitan yang berjaya mendapatkan maklumat atau rahsia dari Kerajaan
Allah di langit.Demikian dari situ lah munculnya golongan sihir(golongan
manusia yang suka mengamalkan ilmu mistik atau ilmu hitam yang sudah
diduga banyak melakukan penyimpangan akidah dan kepercayaan kolot) yang
cuba menjadikan syaitan sebagai rakan dan akhirnya mudah untuk golongn
sihir membuat penipuan dan kejahatan didalam bumi ini.


syaitan akan dimatikan oleh malaikat maut @ Azrael Angel @ Malaikat Izrail
atas arahan Allah,pada akhir zaman nanti setelah Allah membinasakan
segala-galanya yang berada di alam buana dan semesta ini.syaitan akan
dihidupkan kembali untuk menerima janji Allah sebagai bahan bakar dalam
neraka.Pada waktu itu peneman syaitan yang turut binasa adalah manusia
dan jin yang ingkar dengan perintah Tuhan serta batu-batuan.



Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Katakanlah(Wahai Muhammad):"Aku berlindung kepada (Allah)
Pemulihara sekalian manusia.Yang Menguasai sekalian manusia,Tuhan yang
berhak disembah oleh sekalian manusia, Dari kejahatan pembisik,penghasut
yang timbul tenggelam,yang melemparkan hasutannya ke dalam hati
manusia,(iaitu pembisik dan penghasut)dari kalangan jin dan manusia."
(Surah An-Nas:ayat 1-6)Al-Quran

Untuk menghindarinya hendaklah mengucapkan :


Aku berlindung kepada Allah dari gangguan syaitan, ( ** Sebutkan
namanya : Tsarbar / Dasim / Al-A'war / Maswath / Zalnabur ) yang
terkutuk, serta pengikut-pengikut dan anak-anaknya.



Menurut buku Asy-Syibli meriwayatkan sebuah riwayat dari Zaid bin
Mujahid yang mengatakan bahawa, "Iblis mempunyai lima anak, yang
masing-masing diserahkan urusan-urusan tertentu. Kemudian dia memberi
nama masing-masing anaknya : Tsabar, Dasim, Al-A'war, Maswath dan
Zalnabur."

Assalamualaikum Sekadar menyampaikan. ......

Pesanan terbaik dari seorang rakan....

Assalamualaikum,

Just wanna share with everyone kisah benar yang saya lalui. Baru- baru ni ketika saya nak ke Surau berdekatan dgn rumah saya untuk sembahyang Isyak, seorang pak cik berjanggut putih dan berjubah putih dari jauh melemparkan senyum kepada saya. Kerana masih ada banyak waktu, saya tunggu pak cik berjanggut putih tu dan bertongkat yang tidak saya kenali itu.. Timbul di hati saya untuk jalan seiringan ke surau.

Bila beliau hampir pada saya, kami saling memberi salam. Orangnya sudah berumur. Tiba-tiba, pak cik itu memulakan perbualan. Beliau cakap dalam bahasa Melayu dan Inggeris yang agak baik. Beliau cakap semua ayat Quran baik dan penting, tapi ada
tiga surah yang beliau 'pegang' betul-betul , dan beliau nasihatkan saya supaya pegang betul-betul juga. Beliau juga nasihatkan saya supaya pesan pada anak-anak supaya pegangnya betul-betul.

Pertama, kata beliau, surah Al-Fatihah. Selain penting untuk sah sembahyang, ia juga ada doa minta bantuan Tuhan dan mintak tunjukkan jalan yang betul. Mudah-mudahan dengan 'menjaga' bersungguh-sungguh surah Al-Fatihah, akan terbuka pintu bantuan dan jalan yang betul untuk kita, kata pakcik.

Kedua,
Surah Al-Ikhlas . Surah ini, katanya, s urah tauhid.
Kita mesti ingat Tuhan itu Esa dan semua amalan mesti untuk-Nya. Tak guna buat baik tapi tak ikhlas.

Ketiga, surah
Al-Kafirun , kata pak cik. Bahagian ini, menarik sikit. Pak cik tu cakap surah Al-Kafirun ada kena mengena dengan zaman sekarang, zaman globalisasi. Dalam zaman globalisasi, katanya, anak-anak saya mesti diajar supaya pegang betul-betul surah itu. Sebab, dalam zaman globalisasi, anak saya mungkin kena kerja atau belajar sampai ke Amerika atau ke mana-mana.

Kalau dia pegang pada surah Al-Kafirun, insya-Allah, dia akan selamat, kata pak cik. Dia akan bergaul dengan orang beragama lain, tapi dia sedar
'untukmu agamamu, untukku agamaku' .
Betul juga, fikir saya. Kemudian, pak cik cakap ada satu lagi perkara yang saya mesti pegang. Orang Islam, katanya, mesti ada tiga kekuatan.

Pertama, kekuatan minda

Minda, kata pak cik, ialah ilmu. Orang Islam mesti ada ilmu, termasuk ilmu moden, ilmu teknologi, ilmu teknologi maklumat (IT) dan > sebagainya kerana ilmu-ilmu itu perlu untuk hidup.

Kedua, kekuatan hati

Hati ialah iman, kata pak cik. Hati orang Islam mesti kuat supaya betapa banyak sekali pun ilmunya, dia sedar siapa yang lebih berkuasa. Bila ilmu ada iman, barulah ilmu dan hidup jadi betul. Kala u minda kuat tapi hati tak kuat, maknanya kekuatan tak seimbang dan ilmu boleh rosakkan iman, kata pak cik...

Ketiga, kuat fizikal

Pertama-pertama, kalau tubuh badan lemah, susah ilmu nak masuk dalam minda, kata pak cik. Kala u pun ada ilmu dan ada iman, jika tubuh badan tak kuat, susah nak beramal. Maknanya, kekuatan masih tak seimbang, katanya
.

Habis saja pak cik cakap pasal tiga surah dan tiga kekuatan, beliau minta diri dan hilang dari pandangan saya setiba nya di surau tersebut.
Terima kasih kepada pak cik berjanggut tu. Sebelum itu beliau berpesan agar saya sebarkan kepada yang lain. Pesanannya memang baik untuk saya sampaikan..

Iqra'.....!

Take a break....... .meditate. ..3 minutes & calm your mind...
Recite 3x :
1. Katakanlah (wahai Muhammad); " (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
2. "Allah Yang menjadi tumpuan sekelian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
3. 'Ia tidak beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
4. "Dan tidak ada sesiapa pun yang setara dengan-Nya

Tuesday, April 27, 2010

Mr.Jacques Yves Costeau: Masuk Islam Setelah Temukan Mukjizat 'Sungai di dalam Laut'
Maha Suci Allah yang Maha Menciptakan Sungai dalam Laut:
“Akan Kami perlihatkan secepatnya kepada mereka kelak, bukti-bukti kebenaran Kami di segenap penjuru dunia ini dan pada diri mereka sendiri, sampai terang kepada mereka, bahwa al-Quran ini suatu kebenaran. Belumkah cukup bahwa Tuhan engkau itu menyaksikan segala sesuatu” (QS Fushshilat 53).
“Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi” (QS Al Furqan 53).
“Dia membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu, antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui masing-masing" (QS Ar-Rahman 19-20).
::
Jika Anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV `Discovery’ pasti kenal Mr.Jacques Yves Costeau , ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.
::
PADA suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.
Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak kunjung mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.
Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor Muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan (surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering diidentikkan dengan Terusan Suez. Ayat itu berbunyi “Marajal bahraini yaltaqiyaan, bainahumaa barzakhun laa yabghiyaan.. .”Artinya: “Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus.”
Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.
Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diartikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi “Yakhruju minhuma lu’lu`u wal marjaan” artinya “Keluar dari keduanya mutiara dan marjan.” Padahal di muara sungai tidak
ditemukan mutiara.
...Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur’an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam...
Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur’an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Qur’an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur’an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannya mutlak benar. Dengan seketika dia pun memeluk Islam.
“Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.” (Q.S Al Furqan:53)
Allahu Akbar…! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung. Shadaqallahu Al `Azhim.Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air.” Bila seorang bertanya, “Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?” Rasulullah s.a.w. bersabda, “Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran.”
...Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung...
Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita, Mexico. Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air asin, lalu anda dapat melihat sebuah “sungai” di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun-daunan.












Setengah pengkaji mengatakan, itu bukanlah sungai biasa, itu adalah lapisan hidrogen sulfida, nampak seperti sungai… luar biasa bukan? Lihatlah betapa hebatnya ciptaan Allah SWT.

Sunday, April 4, 2010

Sunday, March 21, 2010

PeROKOK .........

:Tabiat merokok bolehmembunuh 1 bilion orang dan lebih kurang 1.15 bilion perokok di seluruhdunia.
:Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, tembakau menjadi satu daripada penyebab paling utama terhadap kematiandi seluruh dunia.
:Dikalangan golongan remaja diseluruh dunia berumur13 hingga 15 tahun dianggar seorang daripada lima orang adalah perokok.
:Separuh daripada perokok jangka masapan jangakan matia kibat penggunaan tembakau yang menyebabkan kanser paru-paru, penyakit jantung dan penyakit paru-paru yang kronik.
:Hampir separuh daripada lelakiMalaysia merokok
:Tembakau mengandungi sejenis bahan penyebab ketagihan yang dipanggil nikotin.
:

Thursday, March 18, 2010

I'm going to the Gatsby Deodorant Street Fair

best babe
There are going to be lucky draws and we have various cool gadgets worth up to RM15,000 up for grabs!
http://www.google.com/gwt/n?u=http%3A%2F%2Fwww.gatsby.com.my%2Fstreetfair

Tuesday, March 16, 2010

sapa salah??

Pada suatu hari Si Amin disuruh oleh emaknya mengambil mangga di kebun. Sedang Amin memanjat pokok mangga, tiba-tiba dia terlihat ke bawah ada sepasang remaja sedang 'bercengkerama'. Maka berdirilah bulu roma Si Amin. Dia pun bertahan di atas pohon sambil menahan lutu...tnya yang semakin mulai gementar. Tak lama kemudian didengarnya suara isak tangisan remaja perempuan itu, sambil tersendat-sendat dia bicara. "Abang macamana kalau saya hamil nanti? Abang kena bertanggung jawab." "Sudahlah, dik, kita serahkan semua ini pada YANG DIATAS, " jawab si lelaki.. Si Amin terperanjat lalu dia berteriak, "Wah! wah! kamu berdua yang sedap-sedap di bawah, senang-senang nak serahkan semuanya pada aku! Aku kan cuma tengok saja, usik pun tidak!!"

tiru kawan....

Cikgu : Encik,anak awak didapati meniru Ali dalam exam.
Bapa : Apa bukti awak?
Cikgu : Encik tengok soalan nombor 4 nie. Siapakah menemui Pulau Pinang?Seman tulis 'Saya tak tahu'dan anak encik tulis 'Kalau engkautak tahu, aku lagi la tak tahu'

Monday, March 15, 2010

ganjil

Seekor kura-kura kecil memanjat sepohon pokok dengan perlahan-lahan. Selama berjam-jam mencuba, akhirnya sampai ke puncak, kemudian melompat sambil mengepakkan kaki-kakinya. Ia jatuh ke tanah. Setelah sedar, ia memanjat lagi, lompat lagi, dan jatuh lagi. Kura-kura itu terus mencuba, sementara sepasang burung di atas po...kok memandang kura-kura itu dengan penuh rasa hiba.
Kemudian burung betina berkata kepada suaminya, "Sayang, saya rasa inilah masanya untuk kita bagitau kura-kura kecil kalau dia adalah anak angkat." huhu...

jimat duit

Suatu petang datang seorang lelaki berumur ke kelinik ENT, kerana telinganyadi masuki biji kacang hijau semasa dia membeli barang dapur di pasar.
Doktor : 'Selamat petang...'
Pesakit : 'Selamat petang Doktor!'
Doktor : ' Ada masaalah apa ...?'
Pesakit : 'Telinga saya dimasuki biji kacang hijau, Doktor...'
Doktor : 'B...iar saya periksa telinga anda!'
setelah diperiksa....
Doktor : ' Ada2 cara untuk mengeluarkan biji tersebut...'
Pesakit : 'Apa caranya doktor?'
Doktor : 'Pembedahan kecil kosnya 2 ribu ringgit dan pilihan kedua
pula percuma...'
Pesakit : 'Mahal sangat Doktor, kalau yang percuma bagaimana?'
Doktor : 'Yang percuma kena sabar...'
Pesakit : 'Baik, saya sabar, dan bagaimana caranya...?'
Doktor : 'Anda sirami telinga anda 2 kali sehari dan nanti jika
sudah jadi tauge' anda tinggal tarik keluar.'
Pesakit : 'Huh

Wednesday, March 10, 2010

kandungan minuman berkarbonat

Walaupun tahu minuman berkarbonat tinggi kandungan gulanya, kebanyakan kita menghidangkannya kepada keluarga mahupun tetamu tanpa rasa bersalah.Tarikan iklan yang menceritakan 'keasyikan' menikmati minuman ringan dan berkarbonat memang sukar dilawan.lebih membimbangkan, minuman berkarbonat juga menjadi antara daya penarik utama di kantin sekolah, termasuk sekolah rendah.Kajian mendapati, pengambilan minuman ringan dan berkarbonat yang berlebihan akan menyumbang kepada masalah kesihatan, terutama berlebihan berat badan dan obesiti.

Minuman berkarbonat sebenarnya tidak mengandungi zat, tetapi banyak kalori yang datang daripada gula. Banyak bukti saintifik menunjukkan ia ada kaitan langsung dengan pertambahan berat badan.

Masalah pertambahan berat badan ini menjadi satu faktor risiko kepada penyakit kencing manis di kalangan orang dewasa muda. Pertambahan berat badan ini adalah proses yang sentiasa berlaku sebagaimana peningkatan usia. Gabungan dua faktor ini juga mendedahkan seseorang kepada risiko serangan jantung dan strok.Untuk mengurangkan kuantiti gula diambil, kurangkan pengambilan minuman berkarbonat adalah cara paling praktikal.

Ini boleh dibancuh atau dicampur dengan air kosong dan dikongsi minum beramai-ramai. Bagaimanapun, jika air dibancuh dihabiskan sendirian, kandungan gula yang masuk ke badan tetap sama, iaitu antara enam hingga 10 sudu teh.

Di kalangan kanak-kanak pula, terlalu banyak minum minuman berkarbonat menyebabkan mereka kurang minum air kosong atau minuman berkhasiat seperti susu. Selain gula, kebanyakan minuman kola memasukkan kafein sebagai penambah rasa. Kafein adalah 'bahan perangsang' yang membuatkan kita ketagih untuk minum lebih banyak dan kerap.

Monday, March 8, 2010

Thursday, March 4, 2010

Solat Tahajud

Sembahyang tahajud iaitu sembahyang sunat dua rakaat, merupakan di antara pelbagai shalat sunat yang disyariatkan oleh Allah. Ia ditunaikan apabila seseorang itu terjaga daripada tidur sementara waktu yang paling sesuai melakukannya adalah di antara sepertiga malam iaitu kira-kira dari pukul 2:30 pagi hingga menjelang subuh. “Kalau nak sembahyang sebelum tidur, iaitu selepas sembahyang isyak pun boleh, tapi lebih eloklah pada sepertiga malam kerana waktu itulah yang paling sesuai untuk seseorang itu membersihkan jiwa serta mendekatkan diri dengan Allah” kata Ustaz Muhd Shafie, setiausaha penasihat syariah sebuah syarikat makanan antarabangsa.

Sebagai seorang yang banyak membuat kajian berhubung shalat tahajud, Mohamad memberi penjelasan lanjut mengenai sembahyang itu ringkas tetapi padat. Beliau memberitahu, walaupun sembahyang tahajud dua rakaat sahaja, ia boleh ditunaikan lebih daripada itu mengikut kemampuan masing-masing. Bagaimanapun sebelum sembahyang tahajud, adalah lebih elok jika ia didahului dengan sembahyang sunat mutlak dua rakaat dan di akhiri dengan sembahyang sunat witir (jika tidak sempat menunaikannya sebelum tidur). Mengenai surah yang sepatutnya dibaca selepas al-fatihah, Mohamad memberitahu, tidak ada surah tertentu yang ditetapkan. “tapi biasannya kita baca surah al-Kafirun pada rakaat pertama dan surah al-ikhlas pada rakaat kedua. Surah al-Kafirun itu menurut Nabi fadilatnya mewakili 2/3 daripada al-Quran. Surah al-Ikhlas pula mewakili 1/2 al-Quran”.

Selain untuk meningkatkan keimanan, shalat tahajud disyariatkan Allah kerana ia mempuyai banyak hikmah dan keberkatannya. Allah menetapkan waktunya pada sepertiga malam kerana suasana ketika itu amat hening, paling sesuai untuk beribadah, bertaubat dan mendekatkan diri kepada Allah. Perkaa itu kata Mohamad, ditegaskan oleh Allah dalam surah al-Muzammil ayat 6 yang bermaksud; Sebenarnya sembahyang dan ibadah malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa) dan lebih tetap betul bacaannya.

“Selepas shalat tahajud, mohonlah ampun kepada Allah”. kata Ustaz Mohamad sambil merujuk kepada hadis Nabi s.a.w yang bermaksud, “Allah turun (kuasa/perintah) pada tiap-tiap malam langit dunia. wahai malaikat, kamu periksa semua makhluk-makhluk di muka bumi. Sesiapa yang bermohon kepadaKu (di sepertiga malam), maka makbulkan doanya. Sesiapa yang meminta kepada Aku, beri. Sesiapa yang meminta ampun kepada Aku, maka ampunkanlah ia”.

Kesempatan itulah ujarnya, yang perlu di raih oleh setiap muslim. “Jadi gunakan waktu itu untuk bertaubat, hampirkan diri dengan Allah supaya menjadi orang beriman. Orang yang selalu sembahyang malam, hatinya bersih, suci, hubungan dengan Allah cukup kuat, patuh perintah Allah dan dikasihi Allah.

Shalat tahajud mempunyai pelbagai hikmah dan fadilatnya. Fadilat itu, ujar Mohamad, antara lain djelaskan Allah dalam surah al-Israa’ ayat 79 bahawa orang yang bersembahyang tahajud akan dibangkitkanNya (di akhirat) di tempat yang terpuji. Ini dijelaskan lagi dalam hadis Rasullulah s.a.w yang bermaksud;

“Wahai manusia, bayakkanlah memberi salam, beri makan kepada orang susah, sembahyang di tengah malam di waktu orang lain sedang tidur, maka kamu masuk syurga. ”

Janji Allah itu cukup jelas kerana orang yang gemar menunaikan tahajud adalah orang yang cintakan Allah, bersih hatinya dan sentiasa memohon ampun kepada Allah untuk menyucikan dirinya daripada dosa. Mereka akan kembali kepada Allah dalam keadaan mulia dan dimasukkan ke syurga”, tegasnya.

Dengan tingkat keimanan yang tinggi, tambah Mohamad, orang-orang yang gemar bershalat tahajud akan mendapat satu lagi keistimewaan yang diingini oleh semua muslim iaitu diambil nyawanya dalam husnul khotimah (mati beriman). Kerana mereka orang-orang yang mulia, malaikat akan mengambil nyawa mereka dengan memberi salam dahulu. Kemudian barulah di ambil nyawanya di dalam keadaan dia tidak berasa sakit”, ujarnya. Demikian untungnya mereka yang gemar bersembahyang tahajud.

Selain dijanjikan syurga, kata Mohamad, orang yang gemar bersembahyang tahajud juga akan dianugerahi Allah dengan pelbagai rezeki seperti hati yang tenang, ilmu yang banyak, murah rezeki, harta terpelihara, kesihatan yang baik, anak-anak berjaya dalam kerjaya dan dihormati masyarakat. Tegas beliau, kerana besarnya fadilat sembahyang tahajud itulah Nabi s.a.w mengajak umatnya menunaikan ibadah tersebut pada setiap malam, tetapi jika tidak mampu, sekali seminggu, sekali sebulan, sekali setahun atau sekali seumur hidup.

Memandangkan besarnya fadilat sembahyang tahajud, tetapi sukarnya untuk menunaikan sembahyang tersebut, Mohamad memberikan ‘petua’ bagi membolehkan kita melakukannya iaitu;

* Tingkatkan keimanan. Ingatlah, sembahyang ini menjadi sesuatu yang berat melainkan bagi hati yang kyusuk. Untuk dapatkan hati yang kyusuk, perlulah dibina dahulu iman di dalam jiwa. Dan seperti satu rantai, orang yang beriman akan bertambah kuat iman serta keyakinan diri mereka apabila kerap bersembahyang tahajud

* Sebelum tidur, sematkan ke dalam fikiran kita untuk bangun pada sepertiga malam, pukul tiga pagi misalnya untuk sembahyang tahajud. Insyallah pada waktu yang dikehendaki itu kita akan terjaga

* Jadikannya ia suatu kebiasaan. Walau kita tidur lewat macam mana pun, buatlah amalan bangun pada waktu yang dikehendaki untuk sembahyang tahajud.

Saturday, February 27, 2010

Fadhilat & Rahsia Doa Nurun Nubuwwah

Doa Nurun Nubuwwah di katakan memiliki khasiat yang banyak sekali dan sangat menakjubkan terhadap siapa yang suka membaca dan mengamalkannya dengan ikhlas hati benar-benar kerana Allah.

Dan di antara khasiat –khasiatnya adalah seperti berikut;

(1) Pelindung dari Sihir.

Di riwayatkan , bahawa Rasulullah SAW bersabda setelah solat Subuh ketika duduk-duduk bersama para sahabat di Masjidil Haram, tiba-tiba datanglah Malaikat Jibril a.s. membawa doa Nurun Nubuwwah, seraya berkata : ”Wahai Rasulullah, aku telah di utus oleh Allah Subhanahu Wa Taala untuk menyampaikan doa ini kepadamu / Rasulullah”. Selanjutnya beliau bersabda :”Doa Nurun Nubuwwah ini banyak sekali faedahnya bila di baca dan diamalkan. Dan apabila tidak dapat membaca atau tidak hafal, maka cukuplah ditulis, kemudian tulisan tersebut disimpan dalam rumah, maka Allah akan senantiasa memberikan perlindungan kepada penghuni rumah itu dari sihir / tenung atau penyakit.

(2) Hajat Tercapai.

Barangsiapa yang membaca dan mengamalkan doa ini secara istiqamah pada setiap selesai solat sekurang-kurangnya sekali, maka Insya Allah apa pun hajatnya akan segera terlaksana.

(3) Penyelamat dari gangguan makhluk halus.

Bilamana doa Nurun Nubuwwah ini ditulis pada kertas lalu tulisan tersebut di letakkan pada tanaman, Insya Allah tanaman tersebut akan selamat dari hama, apabila di letakkan pada tempat-tempat yang menakutkan atau pada tempat-tempat yang ditempati syaitan atau iblis, jin atau hantu dan segala macam jenis makhluk halus, maka dalam waktu singkat mereka akan bubar dan minggat tanpa kembali lagi.

(4) Dimuliakan orang

Rasulullah SAW bersabda , ”Jika kamu ingin dimuliakan oleh orang lain, maka bacalah Doa Nurun Nubuwwah.”

(5) Pengasih

Bilamana anda ingin mendekati raja / menteri atau orang yang berpangkat atau berkumpul dengan orang banyak maka bacalah doa ini pada tiap hari sekurang-kurangnya sekali, Insya’Allah semua orang yang anda dekati itu akan menaruh kasih sayang.

(6) Air masin menjadi tawar

Bilamana anda pergi belayar naik perahu, kemudian disitu anda kehabisan air minum, maka bacalah doa ini pada air laut, Insya’Allah air laut yang semulajadi masin itu berubah menjadi tawar dan boleh anda minum.

(7) Bertemu para nabi.

Rasulullah SAW bersabda: ”Barangsiapa yang ingin bertemu dengan para Nabi, maka bacalah doa Nurun Nubuwwah sebanyak seratus kali, kemudian tidur, Insya’Allah akan mimpi bertemu dengan para Nabi, di samping itu siapa pun pun yang melihatnya akan menaruh kasih sayang, dan hendaknya tidak terhenti dalam mewiridkan doa Nurun Nubuwwah ini hingga sampai anak cucu.

(8) Penyembuh Kesakitan.

Bilamana ada orang sakit, maka bacalah doa ini pada minyak (minyak kelapa / sawit wijen), kemudian sapukan pada tempat yang sakit, Insya’ Allah akan lekas sembuh.

(9) Mengubat dari kerasukan.

Bilamana ada orang di rasuk hantu, syaitan dan jin, atau gila, maka cara mengubatinya adalah sebagaimana di atas.

(10) Kuat berjalan

Bilamana anda ingin kuat berjalan, bacalah doa tersebut pada daun sirih yang bertemu ruasnya, kemudian sapukanlah mulai dari kepala hingga kaki, Insya’Allah anda akan kuat berjalan walau sejauh perjalanan yang anda tempuh itu.

(11) Turun hujan.

Bilamana akan turun hujan dalam suatu perjalanan, agar anda tidak kehujanan, maka bacalah doa tersebut, Insya’Allah tidak jadi turun hujan.

(12) Pengaman bagi orang bertengkar

Bilamana ada orang yang bertengkar, sedang anda ingin melerainya maka bacalah doa ini, Insya’Allah orang yang bertengkar itu akan berhenti dan akhirnya saling memaafkan.

(13) Musuh menjadi takut

Bilamana anda pergi berperang (fisabilillah), bacalah doa ini, Insya’ allah tidak di kejar musuh, bahkan musuh akan lari tunggang langgang ketika bertemu dengan anda.

(14) Sulit bersalin.

Bilamana ada wanita bersalin yang sulit, maka bacalah doa ini pada pinggang atau mangkuk putih yang berisi air, kemudian airnya diminumkan, Insya’ Allah bayinya akan segera keluar tanpa kesulitan yang di derita oleh sang ibu.

(15) Sakit mata

Bilamana ada orang sakit mata, maka bacalah doa ini lalu tiupkan pada mata yang sakit itu. Insya’allah akan lekas sembuh.

(16) Penawar gigitan ular

Bilamana ada orang digigit ular, atau kena sengatan binatang berbisa, atau kena racun dan penyakit lain, maka bacakanlah doa tersebut pada tempat yang terkena gigitan atau sengatan itu, Insya’ Allah akan lekas sembuh.

(17) Raja Jin.

Bilamana anda ingin mendatangkan raja jin, maka bacalah doa ini sebanyak seratus kali dalam keadaan tidak berhadas (suci), baik suci badan dan tempat, kemudian masuk ditempat yang sepi pada malam Jumaat. Insya’ Allah anda akan dijumpai oleh si raja jin itu.

(18) Terhindar dari Kekufuran.

Bilamana anda membaca doa ini pada malam Jumaat sebanyak lima puluh kali, Insya’Allah akan terhindar dari kekufuran, bid’ah dan dijauhkan dari perbuatan buruk.

(19) Menjumpai Jin.

Suatu keajaiban yang luar biasa bilamana ada jin yang ingin menyerupai manusia, maka jadi lah ia manusia lantaran berkah-Nya doa Nurun Nubuwwah ini, begitupun manusia jika ingin menjumpai jin, maka ia mengamalkan doa tersebut.

(20) Penyelamat siksa neraka.

Bilamana doa ini di baca setiap hari, maka akan selamat dari siksa neraka, selamat dunia akhirat dan terhindar dari godaan syaitan.

(21) Ingin mimpi yang indah.

Bilamana anda ingin mimpi yang indah, maka bacalah doa ini pada malam Sabtu, sebanyak seratus kali, Insya Allah akan tercapai.

(22) Awet Muda

Bilamana anda baca pada malam Minggu, maka anda boleh awet muda walau usia sudah lanjut.

(23) Memberi keselamatan.

Bilamana anda baca pada malam Isnin, maka Allah akan memberikan keselamatan kepada anda, dijauhkan dari malapetaka.

(24) Menjadi kuat

Bilamana anda baca pada malam Selasa, maka anda akan menjadi kuat, serta terjauh dari penyakit.

(25) Gigitan yang kuat

Bilamana anda baca pada malam Rabu, maka gigi anda akan menjadi kuat, serta terjauh dari penyakit.

(26) Penyeri wajah.

Bilamana anda baca pada malam Khamis, maka wajah anda bertambah elok sehingga banyak wanita yang terpikat.

(27) Binatang menjadi patuh.

Bilamana anda baca pada malam Jumaat, maka semua binatang yang buas akan menjadi patuh terhadap anda.

(28) Melamar wanita.

Bilamana anda ingin melamar seorang wanita, maka berpuasalah sehari dan malamnya jangan tidur, kemudian bacalah doa ini terus menerus di tempat yang sunyi, Insya’Allah lamaran anda di terima.

(29) Harta dunia.

Bilamana anda ingin harta dunia, maka bacalah doa ini pada kunir (kunyit putih / temu) kemudian tanamlah di tanah, Insya’Allah akan jadi emas, tapi jangan berbicara atau beritahu orang lain.




Ertinya:

“Ya Allah, Zat Yang memiliki kekuasaan yang agung, yang memiliki anugerah yang terdahulu, memiliki wajah yang mulia, menguasai kalimat-kalimat yang sempurna, dan doa-doa yang mustajab, penanggung Hasan dan Husain dari jiwa-jiwa yang haq, dari pandangan mata yang memandang, dari pandangan mata manusia dan jin. Dan sesungguhnya orang-orang kafir benar-benar akan menggelincirkan kamu dengan pandangan mereka, ketika mereka mendengar Al-Quran dan mereka berkata: “Sesungguhnya (Muhammad) benar-benar orang yang gila, dan al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh umat. Dan yang mengijabahi Luqmanul Hakim, dan Sulaiman telah mewarisi Daud a.s. Allah adalah Zat Yang Maha Pengasih lagi memiliki singgasana yang Mulia, panjangkanlah umurku, sihatlah jasad tubuhku , kabulkan hajatku, perbanyakkanlah harta bendaku dan anakku, cintakanlah semua manusia dan jauhkanlah permusuhan dari anak cucu Nabi Adam a.s., orang-orang yang masih hidup dan semoga tetap ancaman siksa bagi orang-orang kafir. Dan katakanlah : “Yang haq telah datang dan yang batil telah musnah, sesungguhnya perkara yang batil itu pasti musnah”. Dan Kami turunkan dari Al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman, dan Al-Quran tidak akan menambah kepada orang-orang yang berbuat aniaya melainkan hanya kerugian. Maha Suci Allah Tuhanmu Tuhan Yang Maha Mulia dari sifat-sifat yang di berikan oleh orang-orang kafir. Dan semoga keselamatan bagi para Rasul. Dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam.”

Wednesday, February 17, 2010

Rahsia Solat dari sudut Sains dan Kesihatan

Tahukah anda bahawa solat boleh merawat penyakit yang kritikal ?




Prof Dr Wan Abu Bakar bersama Dr Fatimah dan Ng Siew Chok bersama buku mengenai rahsia solat dari segi sains.

Prof Dr Wan Abu Bakar bersama Dr Fatimah dan Ng Siew Chok bersama buku mengenai rahsia solat dari segi sains.

HASIL kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh. Berikut adalah beberapa hasil kajian yang telah dilakukan berkaitan solat:

AKTIVITI OTOT - Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas
Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan. Katanya, hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan.

“Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh,” katanya. Malah, katanya solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh. Beliau berkata, kajian lebih teliti sedang dilakukan untuk mengenap pasti otot yang aktif ketika solat.
ISYARAT OTAK - Ng Siew Chok

Beliau berkata, perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit kepala. Sejenis alat, iaitu EEG (Electroencephalography) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik.
“Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang,” katanya
Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur.
“Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islam dan diberitahu bahawa keadaan itu adalah tamakninah,” katanya.
Ketika itu, katanya isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang.
Siew Chok berkata, solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak.
Sehubungan itu, katanya solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.
KOMPOSISI TUBUH - Dr Fatimah Ibrahim
Beliau berkata, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak.
Beliau berkata, ada beberapa kaedah untuk mengukur komposisi tubuh, tetapi kajian itu menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang menghasilkan keputusan tepat, pantas dan selamat, berbanding pengambilan darah.
“Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi di Amerika Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai status penyakit seperti Aids, diabetes, demam denggi dan pelbagai penyakit kritikal lain,” katanya.
Dalam kajian ini, katanya model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir.
Dr Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik.
Katanya, kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian.
“Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh.
“Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif,” katanya.
Katanya, ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang.
Dr Fatimah berkata, solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan.
Sebelum Ramadan bermula, katanya komposisi badan diukur dan selepas 21 hari berpuasa, komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat serta paras glukos rendah.
Selain itu, katanya posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat.
Beliau berkata, keputusan positif itu adalah berdasarkan ukuran saintifik dengan meletakkan beberapa sensor (pengesan) di tulang belakang pesakit untuk melihat isyarat otot.
Katanya, hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan.
“Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang. Kita akan menerbitkan buku kedua terapi solat yang bukan saja sesuai untuk wanita normal, tetapi untuk wanita mengandung. Bukan Islam juga boleh mengikuti terapi ini dengan melakukan senaman sama seperti gerakan solat,” katanya.
Jangan terkejut kerana solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk, masalah kesihatan yang lelaki amat takut.
Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus.
“Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap normal,” katanya.
Beliau berkata, terapi adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit
Selain itu, katanya antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring.
“Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus,” katanya.
Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat sama ada posisi tubuh ketika solat boleh merawat sakit jantung. Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman. Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit setiap hari.
(Artikel ini dipetik daripada tulisan Ziauddin Sharuddin dalam laman web berita harian, untuk panduan dan rujukan umat Islam berhubung manfaat dan fadhilat solat )

Wednesday, February 10, 2010

syirik???

Kesyirikan Yang Bercanggah Dengan Tauhid
Pada Fahaman
Dilihat dari segi fahamannya, kesyirikan
ialah menisbahkan kuasa atau Sifat-sifat
Tuhan kepada makhluk-makhluk atau
kuasa-kuasa selain daripada Allah Tuhan
Yang Sebenarnya.
Kesyirikan bermakna menyembah yang
selain daripada Allah atau kuasa-kuasa
yang selain daripadanya; atau memuja
yang lain selain daripadanya sebagaimana
Ianya disembah dan dipuja, atau
sebagaimana IaNya dimuliakan dan
disanjungi. Ini disebutkan sebagai
syirik yang besar dan nyata (syirik
akbar atau syirik jaliy). Syirik ini
kalau orang yang berkenaan tidak
bertaubat daripadanya, ia akan
menyebabkan azab yang berkekalan.
Nau’udhu billahi min dhalik.
Syirik yang satu lagi ialah syirik kecil
atau syirik yang tersembunyi (syirik
asghar atau syirik khafy). Syirik kecil
ialah syirik dalam erti misalnya
melakukan kebaikan kerana lain daripada
berniat mencari keredhaan Tuhan,
seperti seseorang melakukan ibadat
kerana hendak mencari pengaruh; atau
memberi sedekah dengan niat supaya
disanjung dan diterima sebagai peribadi
yang mempunyai keutamaan; demikian
seterusnya; itu syirik kecil atau syirik
tersembunyi yang membatalkan pahala
amalkan dan kebajikan; ianya bukan
menyebabkan kekal dalam azab di Akhirat;
bagaimanapun ia menyebabkan amalan
menjadi sia-sia tanpa pahala, bahkan
menyebabkan azab sesuai dengan keadaan
berat atau ringannya kesalahan orang
yang berkenaan.
Dalam hubungan dengan syirik yang
sedemikian Allah menyoal dalam al-Qur’an
dalam ayat yang bermaksud: "Adakah kamu
melihat orang yang menjadikan keinginan
nafsunya sendiri (“hawahu”) sebagai
tuhan?" (Surah al-Furqan: Ayat 43).
Adapun amalan duniawi, seperti
pertukangan atau sesuatu kemahiran yang
dimiliki, bila seseorang itu melakukan
usahanya dengan baik dan bahkan
cemerlang supaya amalannya diberikan
nilaian dan prestasi yang baik, dengan
itu ianya menjadi popular, dengan itu ia
mendapat rezeki yang halal, itu tidak
termasuk ke dalam perkara keji yang
disebut di atas. Bahkan orang yang
berkenaan, kalau ia orang yang beriman,
boleh memasang niat bahawa ia sedang
melakukan kerja untuk menguatkan ekonomi
umat, untuk memberi kekuatan kepadanya,
sebagaimana yang dianjurkan oleh Ibn
al-Hajj rh dalam kitabnya yang terkenal
“al-Madkhal” itu. Bahkan ini boleh
termasuk ke dalam maksud hadith nabi
yang bererti: "Sesiapa yang menuntut
dunia yang halal kerana hendak mengelak
dirinya daripada meminta-minta dari
orang lain, kerana memenuhkan keperluan
keluarganya, dan kerana kasihan belas
kepada jirannya (dan ia membantu mereka
dengan hartanya itu), maka ia datang ke
Ahirat pada Hari Kiamat dengan wajahnya
gemilang seperti bulan pernama empat
belas hari bulan".
Seorang ahli sains yang membuat
penyelidikan membina senjata yang ampuh
yang boleh mempertahankan bangsanya
daripada diceroboh oleh pihak musuh,
dengan itu ia menjaga agamanya dan
bangsanya serta negaranya, atau ia boleh
memberi kekuatan kepada saudaranya
Muslimin dalam negeri lain supaya tidak
dianiayai oleh pihak lain, maka itu
adalah perbuatan yang paling bermakna
dalam khidmat kepada umat. Boleh
diingatkan pada zaman klasik bagaimana
al-Baghdadi rh menyebut bahawa satu
daripada golongan Ahlis-Sunnah
wal-Jama’ah yang berjasa kepada umat
yang menentukan kedudukan umat ialah
orang-orang yang menjaga sempadan negeri
umat Islam supaya tidak diceroboh oleh
musuh (“al-murabitun”). Maka maksudnya
termasuklah golongan yang menjayakan
fungsi demikian dengan mengadakan
senjata yang berkesan untuk tujuan itu.
Dengan itu maka terlaksanalah juga
suruhan dalam al-Qur’an yang bermaksud:
"Bersiap sedialah kamu bagi menghadapi
para musuh dengan pelbagai jenis
kekuatan" (Surah al-Anfal: Ayat 61)
sesuai dengan keadaan dan zaman
berkenaan; kalau pada zaman kita ini
ianya merujuk kepada kekuatan senjata
yang sesuai dengannya.
Dan tidaklah boleh dikatakan syirik
orang yang mempertahankan negara itu,
kecualilah ia menganggap negera itu
seperti Tuhan baginya! Dijauhkan Allah
dari yang demikian itu!

Thursday, February 4, 2010

Latar belakang Pengasas Mazhab Wahhabi

Muhammad bin `Abd al-Wahhab dilahirkan di perkampungan `Uyainah, salah sebuah kampung dalam Najd di bahagian selatan pada tahun 1115H/1703M. Bapanya, `Abd al-Wahhab merupakan seorang Qadi di sini. Muhammad dikatakan pernah mempelajari bidang fiqh al-Hanbali dengan bapanya, yang juga adalah salah seorang tokoh ulama al-Hanabilah. Semenjak kecil, dia mempunyai hubungan yang rapat dengan pengkajian dan pembelajaran kitab-kitab tafsir, hadith dan akidah.

Pada zaman remajanya, Muhammad selalu memperendah-rendahkan syiar agama yang biasanya dipegang oleh penduduk Najd, bukan sahaja di Najd bahkan sehingga sejauh Madinah selepas dia kembali daripada menunaikan haji. Dia sering mengada-adakan perubahan dalam pendapat dan pemikiran di dalam majlis-majlis agama, dan dia dikatakan tidak suka kepada orang yang bertawassul kepada Nabi (s.`a.w) di tempat kelahiran (marqad) baginda yang suci itu.

Kehidupannya selama beberapa tahun dihabiskan dengan mengembara dan berdagang di kota-kota Basrah, Baghdad, Iran, India dan Damsyik. Di Damsyik, dia dikatakan telah menemui kitab-kitab karangan Ibn Taimiyyah al-Harrani (m.728H/1328M) yang mengandungi ajaran-ajaran yang berunsur kontroversi berbanding dengan Ahl al-Sunnah wa al-Jama`ah.

Dia kembali ke Najd dan kemudian berpindah ke Basrah. Dalam perjalanannya ke Syam, di Basrah dia berjaya memenuhi matlamatnya menegah orang ramai daripada melakukan syiar agama mereka dan menghalang mereka daripada perbuatan tersebut. Justeru itu penduduk Basrah bangkit menentangnya, dan menyingkirkannya daripada perkampungan mereka. Akhirnya dia melarikan diri ke kota al-Zabir.

Dalam perjalanan di antara Basrah dan al-Zabir, akibat terlalu penat berjalan kerana kepanasan sehingga hampirhampir menemui ajalnya, seorang lelaki (dari kota al-Zabir) telah menemuinya lalu membantunya ketika melihatnya berpakaian seperti seorang alim. Dia diberikan minuman dan dibawa balik ke kota tersebut. Muhammad bin `Abd al-Wahhab berazam untuk keSyam tetapi dia tidak mempunyai harta dan bekalan yang mencukupi, lalu bermusafir ke al-Ahsa’ dan dari situ, terus ke Huraymilah (dalam kawasan Najd) juga.

Pada tahun 1139H/1726M, bapanya berpindah dari `Uyainah ke Huraymilah dan dia ikutserta dengan bapanya dan belajar dengannya tetapi masih meneruskan tentangannya yang kuat terhadap amalan-amalan agama di Najd, yang menyebabkan berlakunya pertentangan dan perselisihan yang berkecamuk di antaranya dan bapanya di satu pihak dan, di antaranya dengan penduduk-penduduk Najd di pihak yang lain. Keadaan tersebut terus berkekalan sehingga ke tahun 1153H/1740M apabila bapanya meninggal dunia.6 Sejak dari itu, Muhammad tidak lagi terikat. Dia telah mengemukakan akidah-akidahnya yang sesat, menolak dan mengenepikan amalan-amalan agama yang dilakukan serta menyeru mereka menyertai kumpulannya. Sebahagian tertipu manakala sebahagian lagi meninggalkannya hingga dia mengisytiharkan kekuasaannya di Madinah.

Muhammad kembali ke `Uyainah yang diperintah oleh `Uthman bin Hamad yang menerima dan memuliakannya dan berlakulah ketetapan di antara mereka berdua bahawa setiap seorang hendaklah mempertahankan yang lain dengan seorang memegang kekuasaan dalam perundangan Islam (al-tasyri`) dan seorang lagi dalam pemerintahan. Pemerintah `Uyainah mendokong Muhammad dengan kekuatan dan Muhammad bin `Abd al-Wahhab pula menyeru manusia mentaati pemerintah dan para pengikutnya.

Berita telah sampai kepada pemerintah al-Ahsa’ bahawa Muhammad bin `Abd al-Wahhab mendakyahkan pendapat dan bid`ahnya, manakala pemerintah `Uyainah pula menyokongnya. Beliau telah memerintahkan supaya suatu risalah peringatan dan ancaman dihantar kepada pemerintah `Uyainah. Pemerintah `Uyainah telah memanggil Muhammad dan memberitahunya bahawa dia enggan membantunya. Ibn `Abd al-Wahhab berkata kepadanya: “ Sekiranya engkau membantuku dalam dakwah ini, engkau akan menguasai seluruh Najd.” Pemerintah tersebut menyingkirkannya dan memerintahkannya meninggalkan `Uyainah dengan cara mengusirnya pada tahun 1160H/1747M.

Pada tahun itu, Muhammad keluar dari `Uyainah ke Dar`iyyah di Najd yang diperintah oleh Muhammad bin Sa`ud (m.1179H/1765M) yang kemudian menziarahi, memuliakan dan menjanjikan kebaikan kepadanya. Sebagai balasannya, Ibn `Abd al-Wahhab memberikan khabar gembira kepadanya dengan jaminan penguasaan Najd keseluruhannya. Dengan cara itu, suatu ketetapan dimeterai.7

Penduduk Dar`iyyah mendokongnya sehingga akhirnya Muhammad ibn `Abd al-Wahhab dan Muhammad bin Sa`ud memeterai perjanjian atau memorandum persefahaman (`aqd al-Ittifaqiyyah).

Ibn Basyr al-Najdi yang dipetik oleh al-Alusi mengatakan: “ Penduduk Dar`iyyah pada masa itu dalam keadaan sangat menderita dan kepayahan, mereka lalu berusaha untuk memenuhi kehidupan mereka ... Aku lihat kesempitan hidup mereka pada kali pertama tetapi kemudian aku lihat al-Dar`iyyah selepas itu - pada zaman Sa`ud, penduduknya memiliki harta yang banyak dan senjata disaluti emas, perak, kuda yang baik, para bangsawan, pakaian mewah dan lain-lain lagi daripada sumber-sumber kekayaan sehinggakan lidah kelu untuk berkata-kata dan gambaran secara terperinci tidak mampu dihuraikan.”

“ Aku lihat tempat orang ramai pada hari itu, di tempat dikenali al-Batin - aku lihat kumpulan lelaki di satu pihak dan wanita di satu pihak lagi, aku lihat emas, perak, senjata, unta, kuda, pakaian mewah dan semua makanan tidak mungkin dapat digambarkan dan tempat itu pula sejauh mata memandang, aku dengar hiruk-pikuk suara-suara penjual dan pembeli ... “8

Harta yang banyak itu tidak diketahui datang dari mana, dan Ibn Basyr al-Najdi sendiri tidak mendedahkan sumber harta kekayaan yang banyak itu tetapi berdasarkan fakta-fakta sejarah, Ibn `Abd al-Wahhab memperolehinya daripada serangan dan serbuan yang dilakukannya bersama-sama para pengikutnya terhadap kabilah-kabilah dan kota-kota yang kemudian meninggalkannya untuknya. Ibn `Abd al-Wahhab merampas harta kekayaan itu dan membahagi-bahagikannya kepada penduduk Dar`iyyah.

Ibn `Abd al-Wahhab mengikuti kaedah khusus dalam pembahagian harta rampasan daripada umat Islam yang meninggalkannya. Ada ketikanya, dia membahagikannya di antara 2 atau 3 orang pengikutnya. Amir Najd menerima habuannya daripada ghanimah itu dengan persetujuan Muhammad bin `Abd al-Wahhab sendiri. Ibn `Abd al-Wahhab melakukan mu`amalah yang buruk dengan umat Islam yang tidak tunduk kepada hawa nafsu dan pendapatnya seumpama mu`amalah kafir harbi dan dia menghalalkan harta mereka.

Ringkasnya, Muhammad ibn `Abd al-Wahhab kelihatan menyeru kepada agama Tawhid tetapi tawhid sesat ciptaannya sendiri, dan bukannya tawhid menurut seruan al-Qur’an dan al-Hadith. Sesiapa yang tunduk (kepada tawhidnya) akan terpelihara diri dan hartanya dan sesiapa yang enggan pula dianggap kafir harbi (yang perlu diperangi) sama ada darah dan hartanya.

Di atas alasan inilah, golongan Wahhabi menguasai medan peperangan di Najd dan kawasan-kawasan di luarnya seperti Yaman, Hijaz, sekitar Syria dan `Iraq. Mereka mengaut keuntungan yang berlimpah daripada kota-kota yang mereka kuasai mengikut kemahuan dan kehendak mereka, dan jika mereka boleh menghimpunkan kawasan-kawasan itu ke dalam kekuasaan dan kehendak mereka, mereka akan lakukan semua itu, tetapi jika sebaliknya mereka hanya memadai dengan merampas harta kekayaan sahaja.9

Muhammad memerintahkan orang-orang yang cenderung mengikuti dakwahnya supaya memberikan bai`ah dan orang-orang yang enggan wajib dibunuh dan dibahagi-bahagikan hartanya. Oleh kerana itu, dalam proses membuang dan mengasingkan penduduk kampung di sekitar al-Ahsa’ untuk mendapatkan bai`ah itu, mereka telah menyerang dan membunuh 300 orang dan merampas harta -harta mereka.10

Akhirnya Muhammad meninggal dunia pada tahun 1206H/1791M tetapi para pengikutnya telah meneruskan mazhabnya dan menghidupkan bid`ah dan kesesatannya kembali. Pada tahun 1216H/1801M, al-Amir Sa`ud al-Wahhabi mempersiapkan tentera yang besar terdiri daripada 20 000 orang dan melakukan serangan ganas ke atas kota suci Karbala’ di `Iraq. Karbala merupakan sebuah kota suci dihiasi dengan kemasyhuran dan ketenangan di hati umat Islam. Pelbagai bangsa berhasrat untuk ke sana sama ada mereka berbangsa Iran, Turki, Arab dan sebagainya. Tentera Wahhabi mengepung dan memasuki kota itu dengan melakukan pembunuhan, rampasan, runtuhan dan kebinasaan. Puak Wahhabi telah melakukan keganasan dan kekejaman di kota Karbala’ dengan jenayah yang tidak mengenal batas perikemanusiaan dan tidak mungkin dapat dibayangkan. Mereka telah membunuh 5000 orang Islam atau bahkan lebih lagi, sehingga disebutkan seramai 20 000 orang.

Apabila al-Amir Sa`ud menyudahi perbuatan keji dan kejamnya di sana, dia merampas khazanah harem al-Imam al-Husayn bin `Ali (`a.s) yang banyak dengan harta, perhiasan dan hadiah yang dikurniakan oleh raja, pemerintah dan lain-lain kepada maqam suci ini. Selepas melakukan keganasan yang cukup menjijikkan ini, dia kemudian menakluki Karbala’ untuk dirinya sehingga para penyair menyusun qasidah-qasidah penuh dengan rintihan, keluhan dan dukacita mereka.11

Puak Wahhabi mengambil masa selama 12 tahun membuat serangan ke atas kota Karbala’ dan kawasan sekitarnya, termasuk Najaf. Mereka kembali sebagai perampas, penyamun dan pencuri dengan memulainya pada tahun 1216H/1801M. Para penulis Syi`ah bersepakat bahawa serangan dan serbuan itu berlaku pada hari `Aid al-Ghadir bagi memperingati ketetapan Nabi (s.`a.w) mengenai perlantikan al-Imam `Ali bin Abi Talib sebagai khalifah selepas baginda.12

Al-`Allamah al-Marhum al-Sayyid Muhammad Jawwad al-`Amili mengatakan:13“ Allah telah menentukan dan menetapkan dengan kebesaran dan keihsanan-Nya dan juga dengan berkat Muhammad dan Al baginda (s.`a.w), untuk melengkapkan juzuk ini daripada kitab Miftah al-Karamah, selepas pertengahan malam yang ke-9, bulan Ramadan al-mubarak tahun 1225H/1810M - menurut catatan penyusunnya ...” dengan kekacauan fikiran dan kecelaruan keadaan, orang-orang `Arab dikelilingi oleh orang-orang dari `Unaizah yang mengucapkan kata-kata puak al-Wahhabi al-Khariji di al-Najaf al-Asyraf dan masyhad al-Imam al-Husayn (`a.s) - mereka telah memintas jalan dan merampas hak milik para penziarah al-Husayn (`a.s) sebaik sahaja mereka kembali daripada ziarah itu pada pertengahan bulan Sya`ban. Mereka membunuh sebahagian besar daripadanya, terdiri daripada orang-orang `Ajam, dianggarkan 150 orang ataupun kurang ...”

Jelaslah, bahawa tawhid yang diserukan oleh Muhammad bin `Abd al-Wahhab dan jemaahnya adalah dengan mengharuskan darah dan harta orang yang mengingkari dakwah mereka, juga menerima kata-kata atau akidah-akidah mereka bahawa Allah berjisim, mempunyai anggota tubuh badan dan sebagainya.

Al-Alusi dalam penjelasannya tentang Wahhabi mengatakan: “ Mereka menerima hadith-hadith yang datang daripada Rasulullah (s.`a.w) bahawa Allah turun ke langit dunia dan berkata: Adakah orang-orang yang ingin memohon keampunan?”14 Sehinggalah dia mengatakan: “ Mereka mengakui bahawa Allah ta`ala datang pada hari Qiyamat sebagaimana kata-Nya: “ dan pada hari itu diperlihatkan neraka Jahannam, dan pada hari itu ingatlah manusia akan tetapi tidak berguna lagi mengingat itu baginya “ (al-Fajr (89): 23) dan sesungguhnya Allah menghampiri makhluk-Nya menurut kehendak-Nya seperti yang disebutkan: “ dan Kami lebih hampir kepadanya daripada urat lehernya “ (Qaf (50): 16).

Dapat dilihat dalam kitab al-Radd `ala al-Akhna’i oleh Ibn Taimiyyah bahawa dia menganggap hadith-hadith yang diriwayatkan tentang kelebihan ziarah Rasulullah (s.`a.w) sebagai hadith mawdu` (palsu). Dia juga turut menjelaskan “ orang yang berpegang kepada akidah bahawa Nabi masih hidup walaupun sesudah mati seperti kehidupannya semasa baginda masih hidup,” dia telah melakukan dosa yang besar. Inilah juga yang diiktiqadkan oleh Muhammad bin `Abd al-Wahhab dan para pengikutnya, bahkan mereka menambahkan pemalsuan dan kebatilan Ibn Taimiyyah tersebut.

Para pengikut akidah Wahhabi yang batil memberikan tanggapan kepada para pengkaji yang melakukan penyelidikan mengenai Islam - menerusi pemerhatian dan penelitian kepada kitab-kitab mereka dan mengenali Islam menerusi bahan-bahan cetakan mereka sendiri - hingga menyebabkan mereka akhirnya beranggapan bahawa Islam adalah agama yang kaku, beku, terbatas dan tidak dapat dimanfaatkan pada setiap masa dan zaman.

Lothrop Stodard berbangsa Amerika mengatakan: “ Kesan dari itu, kritikan-kritikan telah timbul kerana puak Wahhabi berpegang kepada dalil tersebut dalam kalam mereka hingga dikatakan bahawa Islam dari segi jawhar dan tabiatnya tidak mampu lagi berhadapan dengan perubahan menurut kehendak dan tuntutan zaman, tidak dapat berjalan seiringan dengan keadaan kemajuan dan proses perubahan serta tidak lagi mempunyai kesatuan dalam perkembangan kemajuan zaman dan perubahan masa ...”15

Tuesday, February 2, 2010

KOMENTAR MENGENAI ASAL-USUL WAHABI

Mazhab Wahabi sering menimbulkan kontroversi berhubung dengan asal-usul dan kemunculannya dalam dunia Islam. Umat Islam umumnya terkeliru dengan mereka kerana mereka mendakwa mazhab mereka menurutpemikiran Ahmad ibn Hanbal dan alirannya, al-Hanbaliyyah atau al-Hanabilah yang merupakan salah sebuah mazhab dalam Ahli al-Sunnah wa al-Jama`ah.

Nama Wahhabi atau al-Wahhabiyyah kelihatan dihubungkan kepada nama `Abd al-Wahhab iaitu bapa kepada pengasasnya, al-Syaikh Muhammad bin `Abd al-Wahhab al-Najdi. Ia tidak dinamakan al-Muhammadiyyah yang mungkin boleh dikaitkan dengan nama Muhammad bin `Abd al-Wahhab bertujuan untuk mengelakkan persamaan di antara para pengikut Nabi Muhammad (s.`a.w) dengan mereka, dan juga bertujuan untuk menghalang sebarang bentuk eksploitasi (istighlal).2 Bagaimanapun, nama Wahhabi dikatakan ditolak oleh para penganut Wahhabi sendiri dan mereka menggelarkan diri mereka sebagai golongan al-Muwahhidun3 (unitarians) kerana mereka mendakwa ingin mengembalikan ajaran-ajaran tawhid ke dalam Islam dan kehidupan murni menurut sunnah Rasulullah.

Mazhab Wahhabi pada zaman moden ini tidak lain dan tidak bukan, adalah golongan al-Hasyawiyyah kerana kepercayaan-kepercayaan dan pendapat-pendapat mereka seratus peratus sama dengan golongan yang dikenali sebagai al-Hasyawiyyah pada abad-abad yang awal.

Istilah al-Hasyawiyyah adalah berasal daripada kata dasar al-Hasyw iaitu penyisipan, pemasangan dan kemasukan. Nama ini diberikan kepada orang-orang yang menerima dan mempercayai semua hadith yang dibawa masuk ke dalam Islam oleh orang-orang munafiq. Mereka mempercayai semua hadith yang dikaitkan kepada Nabi (s.`a.w) dan para sahabat baginda berdasarkan pengertian bahasa semata-mata tanpa sebarang penilaian semula. Bahkan sekiranya sesuatu “ hadith “ itu dipalsukan (tetapi orang yang memalsukannya memasukkan suatu rangkaian perawi yang baik kepadanya), mereka tetap menerimanya tanpa mempedulikan sama ada teks hadith itu selari dan selaras dengan al-Qur’an ataupun hadith yang diakui sahih atau sebaliknya. Kebanyakan ulama hadith (muhaddithun) Sunni termasuk ke dalam golongan al-Hasyawiyyah.

Ahmad bin Yahya al-Yamani (m.840H/1437M) mencatatkan bahawa: “ Nama al-Hasyawiyyah digunakan kepada orang-orang yang meriwayatkan hadith-hadith sisipan yang sengaja dimasukkan oleh golongan al-Zanadiqah sebagai sabda Nabi dan mereka menerimanya tanpa sebarang interpretasi semula, dan mereka juga menggelarkan diri mereka Ashab al-Hadith dan Ahl al-Sunnah wa al-Jama`ah... Mereka bersepakat mempercayai konsep pemaksaan (Allah berhubung dengan perbuatan manusia) dan tasybih (bahawa Allah seperti makhluk-Nya) dan mempercayai bahawa Allah mempunyai jasad dan bentuk
serta mengatakan bahawa Allah mempunyai anggota tubuh ... “4

Al-Syahrastani (467-548H/1074-1153M) menuliskan bahawa: “ Terdapat sebuah kumpulan Ashab al-Hadith, iaitu al-Hasyawiyyah dengan jelas mengisytiharkan kepercayaan mereka tentang tasybih (iaitu Allah seumpama makhluk-Nya) ... sehinggakan mereka sanggup mengatakan bahawa pada suatu ketika, kedua-dua mata Allah kesedihan, lalu para malaikat datang menemui-Nya dan Dia (Allah) menangisi (kesedihan) kerana banjir Nabi Nuh (`a.s) sehingga mata-Nya menjadi merah, dan `Arasy meratap hiba seperti suara pelana baru dan bahawa Dia melampaui `Arasy dalam keadaan melebihi empat jari di segenap sudut.”5

Definisi dan gambaran ini secara langsung menepati golongan Wahhabi yang menamakan diri mereka sebagai Ashab al-Hadith atau Ahl al-Hadith dan kerapkali juga sebagai Sunni, dan pada masa kini mereka memperkenakan diri mereka sebagai Ansar al-Sunnah ataupun Ittiba` al-Sunnah.

Friday, January 29, 2010

BETAPA SAYANGNYA ALLAH KEPADA HAMBANYA

Betapa sayang nya Allah pada kita sehingga di dalam al-Quran diselitkan dengan
motivasi supaya hamba-hambaNya ini tabah dalam menghadapi
segala dugaan sebelum menuju ke mahattoh terakhir yang kekal abadi...

Kenapa AKU DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;
"Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya
kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang
benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK MENDAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh
jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah
mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu mel ainkan sesuai dengan kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286

KENAPA MERASA KECEWA
"janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati,padahal
kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala
kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih
daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan
di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
-Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan
mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat
kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
-Surah Al-Baqarah ayat 45


APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr orang-orang mu'min, diri, harta mereka
dengan memberikan syurga untuk mereka... ..
-Surah At-Taubah ayat 111


KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya
aku bertawakkal."
-Surah At-Taubah ayat 129

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!
"... ..dan janganlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada
berputus asa dr rahmat Allah mel ainkan kaum yang kafir."
-Surah Yusuf ayat 12


Semoga ianya menjadi mel ahirkan rasa keinsafan dalam diri kita?.

ALLAH SANGAT SAYANG KEPADA KITA?BAGAIMANA KITA????
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~
~~~~

Ya Allah, Ketika aku menyukai seorang tmn, tlg ingatkanlah aku bhwa di dunia ini tak akn prnah ada sesuatu yg abadi.Sehingga ketika seseorang meninggalknku,aku akn tetap kuat & tegar kerna aku bersama Yang Tak Pernah Berakhir, iaitu cinta-Mu Ya Allah

Sunday, January 24, 2010

19 HADITH MENGENAI WANITA..... dan keistimewaannya...:)

1. Doa perempuan lebih makbul daripada
lelaki kerana sifat penyayangnya yang
lebih kuat daripada lelaki. Ketika
ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan
hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu
lebih penyayang daripada bapa dan doa
orang yang penyayang tidak akan sia-sia".
2. Apabila seseorang perempuan
mengandung janin dalam rahimnya, maka
beristighfarlah para malaikat untuknya.
Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap
hari dengan 1,000 kebajikan dan
menghapuskan darinya 1,000 kejahatan
3. Apabila seseorang perempuan mulai
sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t.
mencatatkan baginya pahala orang yang
berjihad pada jalan Allah s.w.t.
4. Apabila seseorang perempuan
melahirkan anak, keluarlah dia dari
dosa-dosa seperti keadaan ibunya
melahirkannya.
5. Apabila telah lahir anak lalu
disusui, maka bagi ibu itu setiap satu
tegukan daripada susunya diberi satu
kebajikan.
6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan
memelihara anaknya yang sakit, maka
Allah s.w.t. memberinya pahala seperti
memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas
untuk membela agama Allah s.w.t.
7. Barangsiapa yang menggembirakan anak
perempuannya, darjatnya seumpama orang
yang sentiasa menangis kerana takutkan
Allah s.w.t. dan orang yang takutkan
Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka
ke atas tubuhnya.
8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang
makanan dari pasar ke rumah lalu
diberikan kepada keluarganya, maka
pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah
mendahulukan anak perempuan daripada
anak lelaki. Maka barangsiapa yang
menyukakan anak perempuan seolah-olah
dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
9. Tiap perempuan yang menolong suaminya
dalam urusan agama, maka Allah s.w.t.
memasukkan dia ke dalam syurga lebih
dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
10. Perempuan apabila sembahyang lima
waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara
kehormatannya serta taat akan suaminya,
masuklah dia dari pintu syurga mana
sahaja yang dikehendaki.
11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih
baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.
12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada
Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih
besar haknya terhadap wanita? Jawab
Rasulullah s.a.w., "Suaminya". "Siapa
pula berhak terhadap lelaki?" Jawab
Rasulullah s.a.w, "Ibunya".
13. Apabila memanggil akan engkau dua
orang ibubapamu, maka jawablah panggilan
ibumu dahulu.
14. Wanita yang taat akan suaminya,
semua ikan-ikan di laut, burung di
udara, malaikat di langit, matahari dan
bulan semua beristighfar baginya selama
mana dia taat kepada suaminya serta
menjaga sembahyang dan puasanya.
15. Wanita yang taat berkhidmat kepada
suaminya akan tertutup pintu-pintu
neraka dan terbuka pintu-pintu syurga.
Masuklah dari mana-mana pintu yang dia
kehendaki dengan tidak dihisab.
16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.
17. Wanita yang tinggal bersama
anak-anaknya akan tinggal bersama aku
(Nabi s.a.w) di dalam syurga.
18. Barangsiapa mempunyai tiga anak
perempuan atau tiga saudara perempuan
atau dua anak perempuan atau dua saudara
perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam
pergaulan dengan mereka dan mendidik
mereka dengan penuh rasa takwa serta
bertanggungjawab, maka baginya syurga.
19. Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa
yang diuji dengan sesuatu daripada
anak-anak perempuan lalu dia berbuat
baik kepada mereka, maka mereka akan
menjadi penghalang baginya daripada api
neraka."