iklan best

Sunday, January 24, 2010

19 HADITH MENGENAI WANITA..... dan keistimewaannya...:)

1. Doa perempuan lebih makbul daripada
lelaki kerana sifat penyayangnya yang
lebih kuat daripada lelaki. Ketika
ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan
hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu
lebih penyayang daripada bapa dan doa
orang yang penyayang tidak akan sia-sia".
2. Apabila seseorang perempuan
mengandung janin dalam rahimnya, maka
beristighfarlah para malaikat untuknya.
Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap
hari dengan 1,000 kebajikan dan
menghapuskan darinya 1,000 kejahatan
3. Apabila seseorang perempuan mulai
sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t.
mencatatkan baginya pahala orang yang
berjihad pada jalan Allah s.w.t.
4. Apabila seseorang perempuan
melahirkan anak, keluarlah dia dari
dosa-dosa seperti keadaan ibunya
melahirkannya.
5. Apabila telah lahir anak lalu
disusui, maka bagi ibu itu setiap satu
tegukan daripada susunya diberi satu
kebajikan.
6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan
memelihara anaknya yang sakit, maka
Allah s.w.t. memberinya pahala seperti
memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas
untuk membela agama Allah s.w.t.
7. Barangsiapa yang menggembirakan anak
perempuannya, darjatnya seumpama orang
yang sentiasa menangis kerana takutkan
Allah s.w.t. dan orang yang takutkan
Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka
ke atas tubuhnya.
8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang
makanan dari pasar ke rumah lalu
diberikan kepada keluarganya, maka
pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah
mendahulukan anak perempuan daripada
anak lelaki. Maka barangsiapa yang
menyukakan anak perempuan seolah-olah
dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
9. Tiap perempuan yang menolong suaminya
dalam urusan agama, maka Allah s.w.t.
memasukkan dia ke dalam syurga lebih
dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
10. Perempuan apabila sembahyang lima
waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara
kehormatannya serta taat akan suaminya,
masuklah dia dari pintu syurga mana
sahaja yang dikehendaki.
11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih
baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.
12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada
Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih
besar haknya terhadap wanita? Jawab
Rasulullah s.a.w., "Suaminya". "Siapa
pula berhak terhadap lelaki?" Jawab
Rasulullah s.a.w, "Ibunya".
13. Apabila memanggil akan engkau dua
orang ibubapamu, maka jawablah panggilan
ibumu dahulu.
14. Wanita yang taat akan suaminya,
semua ikan-ikan di laut, burung di
udara, malaikat di langit, matahari dan
bulan semua beristighfar baginya selama
mana dia taat kepada suaminya serta
menjaga sembahyang dan puasanya.
15. Wanita yang taat berkhidmat kepada
suaminya akan tertutup pintu-pintu
neraka dan terbuka pintu-pintu syurga.
Masuklah dari mana-mana pintu yang dia
kehendaki dengan tidak dihisab.
16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.
17. Wanita yang tinggal bersama
anak-anaknya akan tinggal bersama aku
(Nabi s.a.w) di dalam syurga.
18. Barangsiapa mempunyai tiga anak
perempuan atau tiga saudara perempuan
atau dua anak perempuan atau dua saudara
perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam
pergaulan dengan mereka dan mendidik
mereka dengan penuh rasa takwa serta
bertanggungjawab, maka baginya syurga.
19. Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa
yang diuji dengan sesuatu daripada
anak-anak perempuan lalu dia berbuat
baik kepada mereka, maka mereka akan
menjadi penghalang baginya daripada api
neraka."

No comments:

Post a Comment