RASULULLAH SAW ada menyampaikan pesanan
dan wasiat kpd isteri, anak, kaum
kerabat dan umat Islam seluruhnya. Namun
antara wasiat yg menarik dan ley
djadikan bahan renungan brsama ialah
wasiatnya kpd menantu baginda, Saidina
Ali Abu Talib.
Sungguhpun wasiat itu khusus kpd
Ali, namun kita sebagai Muslim dan
muslimah, prlu menjadikannya sebagai
iktibar lalu menjadikannya amalan.
Larangan dan suruhan Rasulullah saw
melalui wasiat itu, adlh juga utk
kaum Muslimin dan muslimat. Malah, ley
dikatakan semua perkara dlm wasiat itu
adlh ciri2 utama org beriman.
Berikut adlh antara wasiat Nabi kpd Ali
sprt yg diriwayatkan olh Ibnu Abbas:
Ibnu Abbas meriwayatkan, bahawa Ali Abu
Talib berkata: "Pd hari perkahwinan dgn
Fatimah, Rasulullah saw brsabda kpdku,
mengutarakan 13 wasiat khusus untukku:"
1. Wahai Ali, takutilah engkau drpd
memasuki tmpt mandi (hammam) tanpa
memakai kain separas pinggang.
Bahawasanya barang siapa memasuki
tmpt mandi tanpa kain separas
pinggang, maka dia mndpt laknat (mal'un).
2. Wahai Ali, jgnlah engkau memakai
cincin di jari telunjuk dan di jari
tgh. Sesungguhnya itu adlh apa yg
dilakukan oleh kaum Lut.
3. Wahai Ali, sesungguhnya Allah
mengagumi hamba-Nya yg melafazkan
istighfar: "Rabighfirli fainnahu la
yaghfirul-zunuba illa Anta" (
Tuhanku, ampunilah aku.
Sesungguhnya tiada yang
mengampunkan dosa melainkan Engkau).
Allah lalu berfirman: "Hai
malaikat-Ku, sesungguhnya hamba-Ku ini
mengetahui bahawasanya tiada yang
mengampunkan dosa melainkan Aku. Hai
malaikat-Ku: Jadilah saksi, bahawasanya
aku telah mengampuni dia".
4. Wahai Ali, takutilah engkau drpd
brdusta. Bahawasanya brdusta itu
menghitamkan muka dan disuratkan oleh
Allah sbg kazzab (pendusta). Dan,
bahawasanya bnr itu mmutihkan muka
dan disuratkan oleh Allah sebagai sadiq.
Ketahuilah engkau, bahawasanya sidq
(benar) itu brkat dan kizb (dusta) itu
celaka.
5. Wahai Ali, peliharalah diri engkau
drpd mengumpat dan mengadu-dumba.
Bahawasanya org berbuat demikian itu
diwajibkan ke atasnya seksaan kubur dan
mnjd penghalang kpdnya di pintu syurga.
6. Wahai Ali, jgnlah engkau brsumpah dgn
nama Allah, sama ada dusta atau benar,
kecuali dlm keadaan darurat, dan jgnlah
jdkan Allah permainan sumpah engkau.
Sesungguhnya Allah x menyucikan dan x
mengasihani org yg brsumpah dusta dgn
nama-Nya.
7. Wahai Ali, jglah engkau
mencita-citakan rezeki utk hari
esok. Bahawasanya Allah mndatangkan
rezeki engkau setiap hari.
8. Wahai Ali, takutilah engkau drpd
berbantah-bantah dan berkelahi dgn
maki-hamun dan sumpah-seranah.
Bahawasanya prbuatan itu pd awalnya
jahil dan pd akhirnya penyesalan.
9. Wahai Ali, sntiasalah engkau bersugi
dan mencolek (mencungkil) gigi.
Bahawasanya bersugi itu menyucikan
mulut, mencerahkan mata dan diredai
Allah, manakala mencolek gigi itu
dikasihi malaikat krn malaikat amat x
senang dgn bau mulut krn sisa2 makanan
d celah gigi x dcolek slps makan.
10. Wahai Ali, jgnlah engkau melayani
rasa marah.Apbl timbul rasa marah,
duduklah engkau dan fikirkanlah
mengenai kekuasaan dan kesabaran Allah
Taala ke ats hamba-Nya. Prtahankah diri
engkau drpd dikuasai kemarahan dan
kembalilah engkau kpd kesabaran.
11. Wahai Ali, perhitungkanlah
(tahassub) kurniaan Allah yang tlh
engkau nafkahkan utk diri engkau dan
keluarga engkau, nescaya engkau peroleh
peruntukan drpd Allah.
12. Wahai Ali, apa yg engkau benci pd
dr engkau, maka engkau bencikan
juga pd diri saudara engkau dan apa
yang engkau kasih pd diri engkau maka
engkau kasihkan jg pd diri saudara
engkau, yakni engkau hndklah berlaku
adil dlm memberi hukuman.Dgn itu, engkau
dikasihi seluruh isi langit dan bumi.
13. Wahai Ali, perbaikkanlah prhubungan
dantara pnduduk (jiran) sekampung dan
antara ahli rumah engkau. Hiduplah dgn
mrk sekaliannya dgn rasa prsahabatan dan
kekeluargaan, nescaya disuratkn darjat
yg tinggi bagi engkau.
No comments:
Post a Comment