iklan best

Sunday, January 24, 2010

wow couple???

Tentu ramai yang tertanya-tanya. Tidak
kurang juga yang tidak berpuas hati
dengan pernyataan di atas. Ada yang kata
hukumnya harus. Mungkin ada yang kata
makruh. Sememangnya kenyataan ini
menimbulkan banyak kontroversi,
lebih-lebih lagi di kalangan muda-mudi
sekarang.


Apa Itu Ber ‘couple’?
Ber‘couple’ merupakan suatu tradisi atau
budaya yang telah dibudayakan oleh
masyarakat remaja kini. Bermula dengan
saling berpandangan mata, kemudian turun
ke hati. Kemudian mereka akan saling
mengutus senyuman dan cinta mula
berputik. Bila rasa dah cukup sedia,
masing-masing mula ‘masuk line’. Ada
yang berbalas-balas nota, bagi yang
lebih ‘advance’, teknologi SMS
digunakan. Akhirnya apabila dua insan
berlawanan jantina ini sudah saling
suka-menyukai, mereka akan
mengisytiharkan ikatan percintaan mereka
dan kemudian ber‘couple’.
Pasangan kekasih ini akan merapatkan
hubungan mereka serapat-rapatnya. Kalau
di kelas, buat study group ataupun group
discussion. Bagi yang kreatif, kad-kad
ucapan ‘hand made’ yang pelbagai warna
dan rupa akan dikirimkan. Bagi yang
mengikuti peredaran semasa, teknologi
SMS akan dimanfaatkan sepenuhnya. Kata
ganti diri pada asalnya aku-kau ditukar
kepada saya-awak, atau bagi mereka yang
lebih intim, abang-sayang dan sebagainya.
Kalau diperhatikan pasangan-pasangan
yang sedang asyik dilamun cinta
ini,hidup mereka tidak menentu,
diibaratkan ‘makan tak kenyang, tidur
tak lena, mandi tak basah’.
Ungkapan-ungkapan cinta seperti ‘sayang
awak’, ‘love you’, ‘miss you’ dan
sebagainya akan menjadi sebahagian
ucapan harian mereka. Sentiasa ceria dan
tersenyum gembira, mengenangkan Si Dia
yang datang bertandang ke hati. Ada
pasangan yang serius, sampaikan sanggup
berjanji nak sehidup-semati. Sanggup
bersumpah, setia hingga ke akhir hayat.
Ada juga yang hanya sekadar
bermain-main, untuk suka-suka, dan
sebagainya. Ringkasnya, pelbagai ragam
yang boleh dilihat daripada pasangan
yang ber‘couple’ ini. Ada yang boleh
meneruskan hubungan hingga ke jinjang
pelamin dan ada juga yang kecundang di
pertengahan perlayaran di lautan
percintaan masing-masing.


Mengapa Ber’couple’ Haram?
Ya, mengapa? Sekarang kita kembali
kepada persoalan pokok. Di sinilah
timbulnya kontroversi di antara kita.
Bagi yang ber‘couple’, sudah tentu
perasaan ingin tahu mereka sangat tinggi
dan pelbagai hujah ingin dikeluarkan
bagi mempertahankan kesucian cinta
mereka itu.
Sebagai seorang muslim, untuk menjawab
persoalan ini, kita perlulah merujuk
kembali kepada manual kita yang telah
digarisi oleh Allah S.W.T. iaitu
Al-Quran dan panduan iaitu As-Sunnah
yang telah diwasiatkan kepada kita oleh
junjungan besar kita Nabi Muhammad
S.A.W. yang sepatutnya menjadi pegangan
hidup kita.
Ada yang berkata, Allah telah menjadikan
makhluk-Nya berpasang-pasangan, lelaki
dan perempuan, mengapa tidak boleh
bercinta atau ber ‘couple’? Memang tidak
dinafikan, dalam Al-Quran Allah ada
berfirman, seperti dalam Surah Yasin(36)
ayat 36:
“Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan
pasangan-pasangan semuanya, baik dari
apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari
diri mereka maupun dari apa yang tidak
mereka ketahui.”
Dan juga firman-Nya dalam Surah
Al-Hujurat(49) ayat 13:
“Hai manusia, sesungguhnya Kami
menciptakan kamu dari seorang laki-laki
dan seorang perempuan dan menjadikan
kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku
supaya kamu saling kenal mengenal.
Sesungguhnya orang yang paling mulia di
antara kamu di sisi Allah ialah orang
yang paling bertakwa di antara kamu.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi
Maha Mengenal.”
Meskipun begitu, ayat-ayat ini tidak
menjelaskan yang kita boleh mengadakan
hubungan percintaan dan berkasih kasihan
antara lelaki dan perempuan yang bukan
mahram. Banyak larangan Allah dalam
Al-Quran yang melarang hubungan-hubungan
ini. Percintaan bermula dari mata.
Firman Allah dalam Surah An-Nur(24) ayat 30:
“Katakanlah kepada orang laki-laki yang
beriman: "Hendaklah mereka menahan
pandangannya, dan memelihara
kemaluannya; yang demikian itu adalah
lebih suci bagi mereka, sesungguhnya
Allah Maha Mengetahui apa yang mereka
perbuat.".
Dalam ayat ini, jelas Allah telah
memerintahkan kita supaya kita menjaga
pandangan kita daripada memandang
perkara-perkara yang dilarang,
termasuklah memandang wanita bukan
mahram serta wajib bagi kita menjaga
nafsu. Perintah ini bukan ditujukan
kepada kaum Adam sahaja. Dalam ayat yang
seterusnya Allah berfirman dalam Surah
An-Nur(24) ayat 31:
“Katakanlah kepada wanita yang beriman:
"Hendaklah mereka menahan pandangannya,
dan memelihara kemaluannya, ...”.
Dua ayat dari Surah An-Nur ini
sebenarnya terdapat dalam sukatan mata
pelajaran Pendidikan Al-Quran & Sunnah
tingkatan 5. Para pelajar tingkatan 5
sepatutnya lebih jelas akan perkara ini.
Daripada ayat ini jelas Allah melarang
lelaki dan perempuan bukan mahram
daripada saling berpandang-pandanga n
dengan niat untuk suka-suka, apatah lagi
untuk memuaskan hawa nafsu.
Dalil yang lebih kuat menentang hubungan
percintaan ini terdapat dalam Surah
Al-Israa’(17) ayat 32:
“Dan janganlah kamu mendekati zina;
sesungguhnya zina itu adalah suatu
perbuatan yang keji dan suatu jalan yang
buruk.”
Ayat ini memeng cukup popular di
kalangan kita. Ramai yang apabila
ditegur dengan ayat ini akan menjawab,
“Kami tidak berzina. Kami berbual-bual
je” , “Kami keluar makan je” dan “Kami
main SMS je.” Dan pelbagai 1001 alasan
lagi. Para pembaca, sila teliti firman
Allah tadi. Dalam ayat ini, Allah
melarang kita mendekati zina. Allah
menggunakan kalimah ‘walaa taqrobuu’
(jangan hampiri) dan bukannya kalimah
‘walaa ta`maluu’ (jangan melakukan). Ini
menunjukkan, walaupun kita hanya
mendekati zina, ia sudah pun HARAM!
Mungkin ada yang tidak jelas dengan
maksud menghampiri di sini. Biar kita
ambil contoh, jarak kita dengan dewan
adalah 50 meter. Apabila kita melangkah
setapak ke arah dewan, jarak antara kita
dan dewan adalah 49.8 meter. Inilah
dikatakan menghampiri dewan. Jadi,
bercinta sebelum kahwin dan ber‘couple’
adalah menghampiri zina, dan menghampiri
zina adalah HARAM.
Ini adalah dalil-dalil daripada
Al-Quran. Bagaimana pula dengan hadis
rasul kita, Nabi muhammad S.A.W? Dalam
hadis, baginda rasulullah telah
memperincikan jenis-jenis zina. Daripada
Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W.
bersabda :
“Sesungguhnya Allah Ta’ala telah
menetapkan nasib anak Adam mengenai
zina. Tidak mustahil dia pernah
melakukannya. Zina mata ialah memandang.
Zina lidah ialah berkata. Zina hati
ialah keinginan dan syahwat, sedangkan
faraj (kemaluan) hanya menuruti atau
tidak menuruti”[1]
Hadis kedua; Daripada Abu Hurairah r.a.,
dari Nabi S.A.W. sabdanya:
“Nasib anak Adam mengenai zina telah
ditetapkan. Tidak mustahil dia pernah
melakukannya. Dua mata, zinanya
memandang. Dua telinga, zinanya
mendengar. Lidah, zinanya berkata.
Tangan, zinanya memukul. Kaki, zinanya
melangkah. Hati, zinanya ingin dan
rindu, sedangkan faraj (kemaluan) hanya
mengikuti atau tidak mengikuti.”[2]
Daripada dua hadis ini, jelas Rasulullah
menenyenaraikan bahangian-bahagian zina.
Apabila kita memandang Si Dia dengan
sengaja, menatapi wajahnya, dan
sebagainya, zina mata berlaku. Apabila
lidah kita digunakan untuk mengeluarkan
kata-kata manis serta puitis, untuk
memenangi hati Si Dia, membuatkan Si Dia
tertarik kepada kita, lidah berzina.
Apabila kita mendengar serta menghayati
kelunakan suaranya, telinga berzina.
Apabila berpegangan tangan, berjalan
bersama ke arah menghampiri zina, tangan
dan kaki berzina. Tetapi, yang paling
bahaya ialah, apabila kita merindui Si
Dia, memikirkan-mikirkan tentangnya,
kecantikannya, ketampanannya, sifat
penyayangnya, betapa kecintaannya kepada
kita, zina tetap berlaku. Biarpun tidak
bersua dari segi pancaindera, hati boleh
berzina. Tidak mungkin sesuatu hubungan
percintaan itu tidak melibatkan
penglihatan, percakapan, pendengaran dan
perasaan. Sudah terang lagikan bersuluh,
percintaan sebelum berkahwin dan
ber‘couple’ adalah menghampiri zina dan
hukumnya adalah HARAM.

Apa Yang Patut Dilakukan?
Bagi yang belum terjebak, adalah
dinasihatkan jangan sekali-kali
menjerumuskan diri ke lembah percintaan.
Susah untuk meninggalkan suatu perbuatan
maksiat seperti ini setelah merasai
kenikmatannya. Silap-silap boleh
terlanjur dan langsung tidak dapat
meninggalkannya lagi. Bagi yang sudah
terjebak, sedang, ataupun yang mula
berjinak-jinak dengan percintaan,
sedarlah. Segeralah kita meninggalkan
perbuatan maksiat yang tidak diredhai
lagi dimurkai Allah ini. Tiada gunanya
kita terus melakukan dosa demi
meneruskan hubungan terlarang ini demi
mendapatkan kebahagiaan duniawi yang
sementara ini. Hanya satu jalan sahaja
yang menghalalkannya iaitu melalui
ikatan pernikahan.
Bagi pasangan-pasangan yang benar-benar
serius, diingatkan, semakin manis
hubungan sebelum berkahwin, semakin
tawar hubungan selepas menjadi suami
isteri nanti. Lihatlah ibu-bapa serta
atuk nenek kita, keutuhan rumah tangga
mereka boleh dilihat sehingga kini tanpa
melalui zaman percintaan yang diimpikan
remaja-remaja kini.
Setiap dari kita tentu mengidamkan
pasangan hidup yang baik. Kita tidak
mahu pasangan kita seorang yang tidak
beriman. Seburuk-buruk perangai manusia,
dia tetap menginginkan seseorang yang
baik sebagai teman hidupnya.
Firman Allah dalam Surah An-Nuur(24)
ayat 26:
“Wanita-wanita yang keji adalah untuk
laki-laki yang keji, dan laki-laki yang
keji adalah buat wanita-wanita yang keji
(pula), dan wanita-wanita yang baik
adalah untuk laki-laki yang baik dan
laki-laki yang baik adalah untuk
wanita-wanita yang baik (pula).”
Janji Allah, dia akan mengurniakan
kepada lelaki yang baik-baik dengan
perempuan yang baik-baik. Begitulah
sebaliknya. Allah akan berikan yang
baik, dengan syarat, kita juga berusaha
menjadi baik serta memilih jalan yang
baik serta diredhai-Nya. Bagaimana
hendak mendapatkan sebuah keluarga yang
bahagia serta diredhai Allah jika pokok
pangkal permulaannya sudah pincang,
tidak berlandaskan Islam serta tidak
diredhai Allah? Mungkin pada mulanya
kita menganggap perkara yang kita
lakukan ini cukup baik, niatnya baik,
caranya pun kita rasakan cukup
baik.tetapi sebenarnya, ia adalah
rencana syaitan yang membuatkan kita
kabur memandang perbuatan yang kita
lakukan itu.
Firman Allah dalam Surah Al-‘ankabut(29)
, ayat 38:
“Dan setan menjadikan mereka memandang
baik perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia
menghalangi mereka dari jalan (Allah),
sedangkan mereka adalah orang-orang yang
berpandangan tajam.”.
Sebenarnya, dalam Islam, lelaki dan
perempuan tidak dibenarkan bergaul
terlalu rapat, sehingga menjadi teman
karib dan sebagainya. Lelaki tidak boleh
menghampiri perempuan dan perempuan
tidak boleh menghampiri lelaki sesuka
hati tanpa sebab. Tetapi Islam
membenarkan apabila ada keperluan dan
tujuan yang benar-benar perlu. Misalnya
apabila ditugaskan mengadakan
perbincangan dalam kumpulan besar yang
melibatkan lelaki dan perempuan atau
perlu berbincang mengenai sesuatu yang
penting. Untuk berbual-bual kosong atau
bergurau senda tanpa tujuan tertentu
adalah tidak dibenarkan. Apatah lagi
untuk saling meluahkan perasaan dan
sebagainya. Cukuplah kaum sejenis
sendiri untuk dijadikan teman karib dan
tempat berbincang masalah.
Perasaan suka dan cinta adalah dua
perkara yang berbeza. Tak salah bagi
seseorang lelaki untuk menyukai
seseorang perempuan dan seseorang
perempuan menyukai seorang lelaki. Tapi,
perasaan ini tidak boleh dilayan dan
difikir-fikirkan kerana ianya merupakan
hasutan syaitan yang membawa kepada zina
hati. Sepatutnya apabila kita terfikir
mengenai perkara-perkara ini, kita
hendaklah menepisnya dan berhenti terus
daripada memikirkannya.
Firman Allah dalam Surah Al-A’raf ayat 201:
“Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan
setan, maka berlindunglah kepada Allah.
Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi
Maha Mengetahui.”
Para pembaca diingatkan, semua
hujah-hujah yang telah diberikan adalah
berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah,
perintah Allah dan Rasul-Nya. Jika kita
menolaknya, sebenarnya kita menolak
perintah Allah dan Rasul. Na’uzubillah.
Firman Allah dalam Surah Al-Anfal(8),
ayat 20-22:
“Hai orang-orang yang beriman, taatlah
kepada Allah dan Rasul-Nya, dan
janganlah kamu berpaling daripada-Nya,
sedang kamu mendengar
(perintah-perintah- Nya),(20) dan
janganlah kamu menjadi sebagai
orang-orang (munafik) yang berkata:
"Kami mendengarkan, padahal mereka tidak
mendengarkan. (21) Sesungguhnya makhluk
bergerak yang bernyawa yang paling buruk
pada sisi Allah ialah orang-orang yang
pekak dan tuli (tidak mendengar dan
tidak memahami kebenaran) yaitu
orang-orang yang tidak mengerti.(22) .
Orang yang paling buruk dalam pandangan
Allah ialah mereka yang tidak mahu
menuruti perintah-perintah Allah.
Janganlah kita tergolong dalam golongan
ini. Balasan bagi golongan ini ialah
neraka jahannam seperti firman Allah
dalam Surah Aj-Jaatsiyah( 45) ayat 7-11:
“Kecelakaan yang besarlah bagi tiap-tiap
orang yang banyak berdusta lagi banyak
berdosa,(7) dia mendengar ayat-ayat
Allah dibacakan kepadanya kemudian dia
tetap menyombongkan diri seakan-akan dia
tidak mendengarnya. Maka beri kabar
gembiralah dia dengan azab yang
pedih.(8) Dan apabila dia mengetahui
barang sedikit tentang ayat-ayat Kami,
maka ayat-ayat itu dijadikan olok-olok.
Merekalah yang memperoleh azab yang
menghinakan. (9) Di hadapan mereka
neraka Jahanam dan tidak akan berguna
bagi mereka Sedikit pun apa yang telah
mereka kerjakan, dan tidak pula berguna
apa yang mereka jadikan sebagai
sembahan-sembahan (mereka) dari selain
Allah. Dan bagi mereka azab yang
besar.(10) Ini (Al Qur'an) adalah
petunjuk. Dan orang-orang yang kafir
kepada ayat-ayat Tuhannya bagi mereka
azab yaitu siksaan yang sangat pedih.(11)”
Akhir sekali, ambillah Islam secara
syumul,bukan hanya ambil Islam pada
perkara yang disukai, tetapi kita
tinggalkan sebahagian yang lain yang
tidak sesuai dengan kehendak kita.
Firman Allah dalam Surah An-Nisaa’(4)
ayat 150-151 :
“ Sesungguhnya orang-orang yang kafir
kepada Allah dan rasu-rasul-Nya, dan
bermaksud memperbedakan antara (keimanan
kepada) Allah dan rasul-rasul- Nya,
dengan mengatakan: "Kami beriman kepada
yang sebahagian dan kami kafir terhadap
sebahagian (yang lain)", serta bermaksud
(dengan perkataan itu) mengambil jalan
(tengah) di antara yang demikian (iman
atau kafir),(150) merekalah orang-orang
yang kafir sebenar-benarnya. Kami telah
menyediakan untuk orang-orang yang kafir
itu siksaan yang menghinakan. (151).”
Kembalilah ke jalan yang lurus.
Tinggalkanlah perkara-perkara maksiat
yang telah kita lakukan sebelum ini.
Bertaubatlah sementara kita masih ada
kesedaran, jangan tunggu sampai kita
dibiarkan sesat oleh Allah sehingga hati
kita tertutup untuk menerima kebenaran,
Surah Aj-Jaatsiah( 45) ayat 23:
“ Maka pernahkah kamu melihat orang yang
menjadikan hawa nafsunya sebagai
tuhannya, dan Allah membiarkannya sesat
berdasarkan ilmu-Nya dan Allah telah
mengunci mati pendengaran dan hatinya
dan meletakkan tutupan atas
penglihatannya? Maka siapakah yang akan
memberinya petunjuk sesudah Allah
(membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu
tidak mengambil pelajaran?”
Memang pada mulanya untuk meninggalkan
maksiat-maksiat ini amat susah,
tetapi,ia masih wajib kita tinggalkan.
Ingatlah Allah berfirman dalam Surah
Al-Baqarah(2) ayat 216:
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu,
padahal ia amat baik bagimu, dan boleh
jadi (pula) kamu menyukai sesuatu,
padahal ia amat buruk bagimu; Allah
mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
Sekali lagi ditegaskan, bercinta sebelum
berkahwin dan ber‘couple’ adalah
menghampiri zina. Ia adalah perbuatan
yang dilarang dalam Islam dan hukumnya
adalah HARAM. Wallahua’lam.
[1] Sahih Muslim, hadis ke 2281
[2] Sahih Muslim, hadis ke 2282

No comments:

Post a Comment